Sasaran 30 peratus wanita cerminan kesungguhan reformasi PH – Jannie

KOTA KINABALU – Penetapan 30 peratus penyertaan wanita dalam jawatan pentadbiran negeri menunjukkan kesungguhan PH untuk memastikan penyertaan wanita bergerak seiring dengan agenda reformasi dan pembangunan negeri, kata Pengerusi Wanita PH Sabah, Datuk Jannie Lasimbang.

Jannie berkata, PH Sabah menampilkan komitmen jelas dalam memperkukuh peranan wanita apabila menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan wanita dalam Kabinet Sabah, kepimpinan GLC dan jawatan pemimpin tempatan.

“Ini merupakan satu kenyataan yang progresif dan inklusif, serta benar-benar memartabatkan peranan wanita sebagai penggubal undang-undang dan pembuat dasar,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata pengumuman itu juga memberi isyarat bahawa peranan besar wanita dalam keluarga, ekonomi dan masyarakat perlu diseimbangkan dengan penyertaan mereka dalam arena politik dan pentadbiran negeri.

“Sudah tiba masanya wanita Sabah diberi ruang yang lebih luas untuk menyumbang pada peringkat pentadbiran negeri,” katanya.

Menurutnya, angka 30 peratus itu bukan sekadar simbolik tetapi merupakan jumlah minimum yang diperlukan untuk memastikan suara dan keperluan wanita dapat diangkat secara berkesan dalam pembentukan dasar negeri.

Beliau berharap pengundi Sabah menilai komitmen ini sebagai satu peluang untuk memastikan kepimpinan negeri lebih seimbang, inklusif dan responsif terhadap keperluan semua lapisan masyarakat.

“Inilah masa untuk memilih pemimpin yang benar-benar membawa suara rakyat ke DUN Sabah termasuk suara wanita,” katanya.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow