Polis tahan ahli kimia, bongkar makmal proses heroin

GEORGE TOWN – Polis berjaya membongkar sebuah makmal memproses dadah jenis heroin di sebuah rumah dekat Bukit Mertajam dalam serbuan yang dijalankan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, serbuan itu turut membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan yang berperanan sebagai ahli kimia dan ‘runner’ sindiket berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditangkap oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Pulau Pinang melalui dua serbuan berasingan antara jam 4 petang Jumaat, sehingga 5 pagi Sabtu.

“Serbuan pertama di Seberang Perai Tengah membawa kepada tangkapan seorang lelaki yang bertindak sebagai ahli kimia dan dipercayai memproses heroin di rumah itu.

“Hasil soal siasat membawa kepada serbuan kedua di Kulim, Kedah dan menahan seorang lagi lelaki berperanan sebagai ‘runner’ dalam sindiket tersebut,” katanya, lapor Sinar Harian.

Azizee berkata, dalam serbuan itu, polis merampas tiga bungkusan plastik lutsinar berisi serbuk disyaki heroin base seberat 400 gram, selain bahan kimia cecair, peralatan memproses dadah serta sebuah motosikal.

Katanya, hasil siasatan mendapati sindiket itu dipercayai mula aktif sejak Ogos lalu.

“Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah serta dadah.

“Kesemua dadah yang dirampas dan sitaan harta dianggarkan bernilai RM130,400.

“Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari sehingga 28 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Related Posts

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

MUKAH – Sikap mendahulukan keperluan rakyat berbanding diri sendiri yang ditonjolkan oleh bekas Penghulu Kampung Penat, Jeffrina Galau akhirnya berbalas apabila beliau kini menerima manfaat di bawah Program Penambahbaikan Rumah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

DARO – Seramai 110 Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) berpeluang menyerlahkan bakat dan potensi masing-masing menerusi penganjuran Karnival Sukan dan Kesenian Pendidikan Khas Zon Tengah 2026. Ahli Dewan Undangan Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

713 kandungan ‘deepfake’ pemimpin politik diturunkan sejak 2025 – Fahmi

713 kandungan ‘deepfake’ pemimpin politik diturunkan sejak 2025 – Fahmi

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei