JBPM Kelantan pantau, atur operasi menyelamat kawasan risiko banjir

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan mempergiat pemantauan serta operasi menyelamat di lokasi berisiko berikutan jumlah mangsa banjir terus meningkat.

Timbalan Pengarah JBPM Kelantan, Aswafaizole Abdul Wahab berkata, keadaan banjir di Kelantan dilaporkan masih terkawal.

Berdasarkan portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak 5,394 mangsa banjir kini berlindung di 26 pusat pemindahan sementara setakat petang semalam.

Aswafaizole berkata, sejak bilik gerakan operasi negeri dibuka, pasukan bomba menyelamatkan 78 mangsa dalam tempoh 12 jam berikutan kenaikan paras air di beberapa daerah.

“Semua mangsa diselamatkan selepas paras air di kediaman mereka meningkat dan pasukan bomba yang menerima panggilan kecemasan akan segera ke lokasi bagi operasi menyelamat,” katanya, lapor Bernama.

Aswafaizole menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat keadaan cuaca dan paras air di kawasan penempatan masing-masing menerusi laman sosial jabatan kerajaan serta mematuhi arahan berpindah.

Katanya, bilik gerakan operasi negeri yang diaktifkan sejak Jumaat, dikendalikan lebih lima anggota di bawah seliaan seorang pegawai kanan.

“Pasukan ini bertugas memantau perkembangan cuaca, menyelaras pergerakan aset dan pasukan tindak balas serta mengendalikan panggilan kecemasan di seluruh negeri,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan