Perak Tengah catat mangsa banjir tertinggi

IPOH – Daerah Perak Tengah merekodkan jumlah mangsa banjir paling tinggi di negeri ini dengan 433 mangsa yang kini ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan, keseluruhan 16 PPS dibuka di empat daerah terjejas.

Daerah terbabit ialah Perak Tengah, Manjung, Batang Padang serta Larut, Matang dan Selama.

“Setakat jam 8 pagi Isnin, jumlah keseluruhan mangsa banjir meningkat kepada 900 orang daripada 290 keluarga.

“Perak Tengah mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 433 orang, semuanya ditempatkan di empat PPS.

“Manjung pula merupakan daerah yang mempunyai PPS terbanyak iaitu 20 pusat, menempatkan seramai 429 mangsa,” menurut kenyataan itu.

JPBN turut memaklumkan, Batang Padang menempatkan tiga mangsa di sebuah PPS, manakala Larut, Matang dan Selama menempatkan 36 mangsa, juga di satu PPS.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan sama berkata dua paras sungai di empangan telah melepasi tahap bahaya.

Sungai Bidor di Changkat Jong, Hulu Perak merekodkan paras 4.05 meter, manakala Sungai Slim di Slim River berada pada paras 27.16 meter.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula