Pemantauan rapi Monsun Timur Laut setiap hari hadapi risiko banjir – KSN

KERAJAAN melaksanakan pemantauan harian terhadap perkembangan Monsun Timur Laut (MTL) bagi memastikan setiap potensi risiko banjir dapat ditangani segera, sekali gus menjamin keselamatan rakyat, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Situasi Monsun Timur Laut (MTL) sedang dipantau dengan rapi setiap hari bagi memastikan keselamatan rakyat sentiasa terjamin.

Shamsul Azri berkata demikian selepas meninjau kesiapsiagaan pasukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Pusat Kawalan Bencana Negara, Pulau Meranti, Puchong, hari ini, sempena taklimat pengurusan bencana semasa musim monsun.

“Saya dimaklumkan bahawa seramai 11,009 mangsa daripada 3,839 keluarga telah ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) melibatkan 14 daerah di tujuh negeri.

“Mobilisasi lebih 100,000 anggota dan aset dari Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya telah digerakkan ke lokasi-lokasi operasi bagi memastikan kesiapsiagaan bantuan serta menyelamat,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Beliau turut meminta semua anggota pasukan yang terlibat memberi keutamaan kepada pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), khususnya di kawasan terjejas, agar mereka dapat meneruskan peperiksaan dalam keadaan selamat dan terkawal.

Setakat jam 8 pagi, tujuh negeri dilaporkan terjejas banjir, iaitu Pulau Pinang, Perlis, Perak, Kedah, Terengganu, Selangor dan Kelantan. Jumlah mangsa meningkat kepada 10,922 orang, dengan Kelantan merekodkan angka tertinggi dan 33 PPS dibuka.

Musim MTL bermula pada 13 November lalu dan dijangka berterusan sehingga Mac 2026.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027