Tak faham peranan dan fungsi punca organisasi punah – KP JKOM

KEGAGALAN memahami peranan dan fungsi masing-masing dalam organisasi menjadi punca utama kerencatan kepimpinan, sekali gus membawa kepada kehancuran struktur kerja, tegas Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Beliau menekankan bahawa keberkesanan kepimpinan bergantung kepada kemampuan pemimpin dan pengikut memahami tanggungjawab masing-masing serta membina hubungan saling mempercayai.

Katanya, kepimpinan bukan sekadar kedudukan yang dilantik, tetapi amanah terhadap mereka yang dipimpin, manakala pengikut turut memainkan peranan penting memastikan organisasi berfungsi mengikut disiplin yang ditetapkan.

“Tanggungjawab ini dua hala. Pemimpin bertanggungjawab terhadap pengikutnya, dan pengikut juga bertanggungjawab terhadap peranan mereka. Di situlah beza antara kepimpinan yang berkesan dan yang kurang berkesan,” katanya dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Ismail menjelaskan bahawa cabaran terbesar seorang ketua adalah membina kepercayaan dan rasa hormat daripada mereka yang dipimpin, bukan sekadar mengeluarkan arahan atau bersandar kepada pangkat.

“Pengikut hanya boleh menjadi efektif apabila mereka ada trust dan hormat kepada ketua. Hormat itu tidak datang dengan sendirinya, ia perlu dibina melalui tindakan dan keteladanan,” katanya.

Beliau memberi peringatan bahawa sikap autoritarian seperti bersikap ‘saya ketua, jadi ikut sahaja’ hanya akan menghancurkan organisasi dari dalam.

“Apabila pemimpin mula berkata ‘I’m the boss here, you listen to me’, pada ketika itulah bermulanya tragedi dalam mana-mana organisasi. Itu ayat-ayat cari penyakit. Kita ada peraturan tetapi ia mesti disertai kebijaksanaan memimpin, bukan memaksa,” jelasnya.

Katanya lagi, kepimpinan yang berkesan lahir daripada pemahaman asas mengenai amanah, komunikasi dan tanggungjawab antara pemimpin dengan pengikut, dan perkara yang kelihatan ‘basic’ itulah yang sering gagal difahami.

“Hal-hal asas seperti peranan, disiplin dan hubungan kerja nampak mudah, tetapi bila tak difahami, itulah yang menjadikan organisasi punah,” katanya.

Related Posts

Abdul Azeez direman dua hari bantu siasatan kes tipu hibah

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim direman dua hari bermula Rabu, bagi membantu siasatan polis berhubung kes tipu berkaitan hibah. Perintah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan menghadapi prosiding reman berasingan sebelum menghadapi pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen 2, pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Abdul Azeez direman dua hari bantu siasatan kes tipu hibah

Abdul Azeez direman dua hari bantu siasatan kes tipu hibah

Kerajaan Selangor jawab dakwaan Pas, tampil rekod bantuan kepada rakyat

Kerajaan Selangor jawab dakwaan Pas, tampil rekod bantuan kepada rakyat

Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

ADUN Gombak Setia bebas tuduhan kenyataan timbulkan kegusaran awam

ADUN Gombak Setia bebas tuduhan kenyataan timbulkan kegusaran awam

PH pertahan prinsip, pesalah rasuah perlu jalani hukuman penuh

PH pertahan prinsip, pesalah rasuah perlu jalani hukuman penuh

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang