PMX fokus visi negara, bukan polemik politik – KP JKOM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat tidak mempunyai ruang untuk terlibat dalam polemik harian kerana tumpuan beliau lebih terarah kepada visi besar membangunkan negara, kata Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Beliau menyifatkan gaya kepimpinan Perdana Menteri sebagai ‘helicopter view’ atau pandangan menyeluruh yang memberi fokus kepada cita-cita jangka panjang negara.

“PMX selalu melihat dari sudut ‘helicopter view’. Fokus beliau adalah tentang ‘dream nation’ bagaimana membina sebuah negara bangsa yang sejahtera dan mampu menyumbang kepada ketamadunan. Itu perspektif ‘eagle eye’ beliau terhadap Malaysia,” katanya dalam siaran podcast Minda Tok Abah yang disiarkan pada Jumaat.

Ismail berkata, kerangka Malaysia MADANI yang dibawa Perdana Menteri adalah manifestasi kepada visi tersebut, namun cabaran utama ketika ini ialah pertembungan persepsi yang berlaku dalam arena politik.

“Kita sedang berdepan ‘war of perception’. Dalam politik, sudut pandangnya berbeza. ‘Perception battle’ ini menyebabkan banyak usaha besar kerajaan terhalang atau tenggelam,” ujarnya.

Beliau turut menyuarakan kekesalannya terhadap suasana Parlimen kebelakangan ini yang disifatkan belum menunjukkan amalan semak dan imbang yang sebenar meskipun sudah hampir tiga tahun persidangan berlangsung di bawah kerajaan semasa.

“Saya masih menanti saat melihat proses ‘check and balance’ itu berlaku secara matang. Namun apa yang berlaku selalunya hanyalah manipulasi maklumat, serangan peribadi dan budaya spin,” katanya.

Ismail berkata, keadaan itu menyebabkan perbahasan di Parlimen sering tersasar daripada tujuan asalnya, sebelum ada pihak yang akhirnya menarik balik kenyataan setelah diberi penjelasan sebenar.

“Bila diberi penerangan semula, barulah ada yang kata ‘kami tarik balik’. Itu menunjukkan perbahasan bukan digerakkan dengan fakta, tetapi dengan emosi dan persepsi,” jelasnya.

Katanya, dalam suasana politik sedemikian, tumpuan Perdana Menteri terhadap agenda besar negara wajar difahami sebagai komitmen untuk memastikan kestabilan dan halatuju pembangunan tidak terganggu oleh polemik yang tidak produktif.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akmal Saleh sebak kenang pemimpin Pemuda UMNO yang telah pergi selamanya

Akmal Saleh sebak kenang pemimpin Pemuda UMNO yang telah pergi selamanya

UMNO buka ruang kerjasama dengan Pas, PH perlu bermuhasabah

UMNO buka ruang kerjasama dengan Pas, PH perlu bermuhasabah

Akmal bertekad tidak bertanding jika BN-PH bergabung di Melaka

Akmal bertekad tidak bertanding jika BN-PH bergabung di Melaka

Pemuda UMNO tidak akan calon wakil rakyat yang utamakan kepentingan peribadi

Pemuda UMNO tidak akan calon wakil rakyat yang utamakan kepentingan peribadi

Pemuda UMNO mahu bersama Pas demi penyatuan ummah, tidak pinggir kaum bukan Melayu

Pemuda UMNO mahu bersama Pas demi penyatuan ummah, tidak pinggir kaum bukan Melayu

Program Jiwa @ Komuniti sasar pemerkasaan tahap celik digital, patriotisme belia Mukah

Program Jiwa @ Komuniti sasar pemerkasaan tahap celik digital, patriotisme belia Mukah