Calon Ketua Menteri BN akan diputuskan selepas PRN17 Sabah

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) akan menentukan calon Ketua Menteri melalui cara perundingan selepas parti itu memenangi banyak kerusi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sudah menetapkan atur cara perundingan jawatan Ketua Menteri baharu Sabah termasuk penyertaan bersama gabungan parti lain, dimana hierarki pemimpin itu dalam parti harus menjadi keutamaan.

Tanpa menyebut nama mana-mana pemimpin, beliau memaklumkan perkara tersebut hanya dapat diputuskan apabila BN menang di banyak kerusi dalam PRN Sabah kali ini.

“Kita sudah membuat keputusan apabila kita memenangi kerusi dan banyak, baru kita akan buat, untuk menentukan semua atur cara perundingan calon ketua menteri baharu.

“Tentunya kita meyakini hierarki (kedudukan pemimpin itu dalam parti) harus diberi keutamaan,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan manifesto BN di Bangunan UMNO Sabah, pada Sabtu.

Setakat ini, BN belum menamakan atau memberi petunjuk, mana-mana calonnya yang bertanding dalam PRN Sabah kali ini, sebagai ‘poster boy’ atau calon Ketua Menteri Sabah.

Namun, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin sebelum ini, ada menyuarakan tawaran peribadinya, untuk sedia menggalas tanggungjawab itu jika BN diberi mandat, menawan banyak kerusi pada PRN Sabah kali ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, BN ketika ini hanya menjalinkan kerjasama bersama PH dalam melakukan rundingan dqlam membentuk kerajaan negeri selepas pilihanraya.

“Kita mempunyai kesepakatan dan kerjasama semua kerusi yang ditandingi oleh (oleh calon) BN dan PH,” katanya.

Menyentuh serangan dari lawan sepanjang tempoh kempen ini, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mengakui ia berlaku, namun BN tak pernah lemah semangat, dengan apa saja serangan serta fitnah, sama ada cara fizikal ataupun spiritual.

“Kita yakin, dokongan (yang terus diberikan pucuk pimpinan) itu akan memberikan semangat kepada pemimpin dan calon untuk memenangi kerusi yang ditandingi.

“Kalau boleh kita mahu memang semua tapi realitinya kita perlu bekerja kuat. Kita juga mempunyai senjata yang ampuh untuk menyerang dan kita yakin kali ini gelombangnya akan marak biru.

“Kita birukan semula Sabah kerana kita mempunyai sejarah panjang di mana Sabah ketika dipimpin BN satu ketika dulu, adalah negeri yang sangat maju,” katanya.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN