Manifesto BN menjanjikan Sabah Membangun Bersama

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) yang melancarkan manifesto bersempena Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah menawarkan enam teras utama yang dilihat merangkumi semua lapisan masyarakat Sabah.

Dengan slogan ‘Sabah Membangun Bersama’, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, manifesto yang dinamakan Rancangan Pembangunan Sabah Satu itu dibuat secara menyeluruh demi kesejahteraan rakyat Sabah.

“Komitmen BN Sabah adalah mengembalikan mana-mana pembangunan tertinggal, terutama tiga serangkai iaitu air, elektrik dan jalan raya.

“Dua ‘game changer’ utama yang Sabah perlukan antaranya pemerkasaan Mahkamah Anak Negeri yang mana jawatan penting akan diserahkan kepada jawatan profesional.

“Langkah ini sebagai game changer yang amat dihormati oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui media selepas majlis pelancaran manifesto BN di Bangunan UMNO, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, isu pengangguran yang membelenggu rakyat Sabah perlu diberi penekanan. Kira-kira satu per lima atau hampir 20 peratus pengangguran di Malaysia datang dari Sabah, melibatkan seramai 169,000 penganggur.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid memaklumkan TVET (Latihan Teknikal dan Vokasional) bernilai tinggi (High Value TVET) akan diwujudkan di Sabah selain beberapa inisiatif lain antaranya pembinaan lapangan terbang dan pelabuhan, ia memerlukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).

“Tetapi ia tidak akan berlaku jika masalah air, elektrik dan jalan raya tidak diselesaikan. Penyelesaian infrastruktur adalah kunci menarik pelabur dan ini perlu diselaraskan dengan baik,” katanya

Di samping itu, Ahmad Zahid berkata, BN turut berjanji menyediakan perumahan untuk anak-anak muda, terutamanya keluarga baharu berkahwin.

“Selama ini mereka terpaksa tinggal bersama keluarga atau menyewa. Dengan adanya skim ini, duit sewa mereka boleh berpindah kepada bayaran bulanan pemilikan rumah.

“BN Sabah beriltizam akan menyelesaikan projek kritikal seperti Lebuh Raya Pan Borneo yang mana telah selesai di Sarawak dan membangunkan Pelabuhan Kudat sebagai pelabuhan utama di Sabah, yang kesemuanya memerlukan sokongan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Dalam pada itu, menyentuh isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Ahmad Zahid menolak tanggapan ia adalah beban dan menegaskan BN tidak akan mungkir janji.

“Pelaksanaan MA63 sebelum 2018 di mana Sabah diwakili oleh menteri untuk menterjemahkan MA63.

“Sekarang ini pun Timbalan Perdana Menteri II (Datuk Seri Fadhilah Yusof) adalah kesinambungan usaha BN yang lalu selari dengan komitmen MADANI.

“Saya sendiri akan mendesak di Kabinet untuk memastikan MA63 dilaksanakan sepenuhnya. Kita juga ada Datuk Seri Arthur Kurup yang turut sama memperjuangkan perkara ini,” ujarnya.

Manifesto BN meliputi enam tawaran utama iaitu Kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan hidup, Wanita dan orang muda tunggak negara, Pendidikan berkualiti untuk semua, Transformasi politik dan tadbir urus, Masyarakat sihat dan negeri berkebajikan serta Kelestarian sumber.

Related Posts

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) menyelesaikan siasatan dalaman berhubung pemergian seorang pelajar di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu