KPI dilaksana pantau tawaran manifesto BN – Ahmad Zahid

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) akan menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ke atas semua tawaran manifestonya, jika dipilih menerajui Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis BN akan bangkit semula untuk mentadbir Sabah kali ini.

“Saya akan memantau pelaksanaan ini satu persatu. Jika kita mencapai dan saya akan menentukan ada KPI yang akan dilaksanakan. Saya akan menentukan ada NKRA yang akan dipantau secara terperinci.

“Ini tekad saya, tekad rakan-rakan di dalam kepimpinan Barisan Nasional dan kerajaan pusat, insya-Allah,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran manifesto di bangunan UMNO Sabah, pada Sabtu.

Terdahulu, BN melancarkan manifesto Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1) mengandungi enam tonggak dan pelbagai inisiatif menyeluruh untuk membangunkan ekonomi negeri, menjamin hak Sabah serta membantu rakyatnya.

Ahmad Zahid berkata, jika mandat diberikan semula kepada BN, jaminan beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri untuk menambah peruntukan yang lebih besar lagi di kawasan luar bandar.

“Biarpun belum sepenuhnya termaktub di dalam manifesto ini, saya yakin rakyat Sabah keseluruhannya mempunyai semangat yang agak luar biasa pada kali ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden UMNO turut menyatakan ada pihak tertentu cuba menawarkan wang ringgit dalam kempen mereka bagi tujuan membeli undi.

“Kita dapat tahu, ada parti atau gabungan yang memberikan wang tunai untuk pengundi. Ada yang memberi RM300, RM500, malah RM1,000. Itu rezeki, ambillah wang itu, tetapi hati dan undi tetap kepada BN.

“Takkan kita sanggup kerana RM300, RM500, malah RM1,000 pun, rakyat Sabah akan sengsara selama lima tahun lagi. Ya, kita tidak mahu itu. Kita mahu pembangunan sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto ini,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera yang datang terutamanya daripada Sabah dan seluruh negara membantu calon-calon BN.

Related Posts

Kestabilan ekonomi dan politik Anwar raih semula keyakinan dunia terhadap Malaysia

PUTRAJAYA – Pembentukan Kerajaan Perpaduan yang inklusif melalui pengenalan kerangka Malaysia MADANI telah banyak mengubah perspektif negara luar serta masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia. Penganalisis ekonomi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diamnya Samsuri timbulkan tanda tanya masa depan PN

KEPUTUSAN Pas menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu telah mencetuskan pelbagai persoalan mengenai masa depan Perikatan Nasional (PN). Apa yang lebih menarik perhatian pemerhati politik ialah sikap berdiam diri Pengerusi PN,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

Polis Sabah tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu hampir RM8 juta

Polis Sabah tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu hampir RM8 juta

Ibu bapa main peranan pelaksanaan kawalan media sosial bawah 16 tahun

Ibu bapa main peranan pelaksanaan kawalan media sosial bawah 16 tahun

Sarawak sasar lahir tenaga kerja pakar teknologi AI

Sarawak sasar lahir tenaga kerja pakar teknologi AI

Pendidikan bukan sekadar kejar kecemerlangan akademik – Raja Perlis

Pendidikan bukan sekadar kejar kecemerlangan akademik – Raja Perlis