Saifuddin yakin Ruji mampu bawa reformasi di Merotai

KALABAKAN – Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan keyakinan bahawa calon Merotai, Datuk Ruji Ubi mampu melakukan reformasi bukan sahaja di Merotai, tetapi di negeri ini.

Beliau berkata, Ruji merupakan calon kompeten dari aspek pendidikan, pengalaman dan hal ehwal kawasan DUN Merotai.

“Tawaran beliau untuk menjadi calon dan menyeru pemilih Merotai memberi peluang kepada beliau adalah satu seruan yang kita anggap paling munasabah kerana kejayaan meletakkan beliau sebagai wakil rakyat di sini membolehkan rakyat Merotai mempunyai seorang wakil yang mudah memahami urusan rakyat dengan pentadbiran Kerajaan.

“Seterusnya serba-serbi masalah rakyat, urusan pejabat tanah, pendaftaran, urusan Kementerian Pendidikan, Kementeria Perpaduan dan Kementerian Kewangan,” katanya dalam sidang media selepas Malam Santai Belia Merotai, di Merotai Besar, di sini, pada Rabu.

Jelas Saifuddin, pengalaman lalu Datuk Ruji yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Persekutuan di Sabah juga menjadi bonus sekiranya menjadi wakil rakyat kerana Ruji memahami hubungan antara Persekutuan Sabah.

“Jadi dari segi sosok atau personaliti calon beliau adalah satu tawaran terbaik yang boleh PH berikan untuk pemilih Merotai,” ujarnya.

Menurut Saifuddin, Merotai antara kawasan diberi tumpuan penuh selain disasarkan untuk menyumbang kemenangan kerusi kepada PH.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru agar pengundi Merotai tidak melepaskan pilihan terbaik dengan memilih Ruji pada 29 November ini.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan