Remysta layak wakili Moyog, faham isu tempatan dan mampu guna akses Persekutuan

PENAMPANG – Naib Presiden PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata bahawa calon PH Moyog, Remysta Taylor, merupakan individu paling layak dipilih pengundi kerana mempunyai kefahaman mendalam terhadap masalah sebenar rakyat serta akses kepada Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikannya.

Menurutnya, kekuatan Remysta bukan sahaja kerana beliau anak kelahiran Moyog, tetapi juga kerana komitmen dan pengetahuannya mengenai isu tempatan terutama banjir yang membelenggu penduduk kawasan itu.

“Tumpukan kepada seseorang dari Moyog. Seseorang yang dilahirkan di Moyog.

“Seseorang yang benar-benar tahu masalah di Moyog.

“Jika saya bekerja di sini, saya sendiri akan memilihnya,” katanya ketika program Walkabout di Tamu Donggongon bersama calon PH Moyog, di sini pada Khamis.

Katanya, beliau telah bertemu secara peribadi dengan Remysta untuk mendapatkan gambaran jelas tentang agenda dan hala tuju calon muda itu jika diberi mandat ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Saya tanya dia, apa yang kamu mahu lakukan jika berada di DUN Sabah?

“Dia jawab, ‘Saya mahu menjadi suara untuk Sabahan. Saya mahu menjadi suara bagi rakyat Moyog,” ujarnya.

Ramanan turut berkata bahawa kedudukan Remysta sebagai calon PH memberi kelebihan besar kepada pengundi Moyog kerana hubungan langsung dengan kepimpinan pusat.

“Dia adalah calon parti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sudah tentu dia akan ada akses langsung kepada Perdana Menteri, dengan itu dia mampu membantu menyelesaikan isu contohnya selain banjir, iaitu masalah air dan elektrik,” tegasnya.

Tambahnya, Remysta mempunyai rekod turun padang dan memahami secara terperinci keluhan penduduk setempat, selain mampu menjadi jambatan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

“Dia tahu apa masalah yang berlaku di sini. Saya rasa pengundi harus memilih seseorang yang boleh berkongsi beban mereka dan menyuarakan keperluan mereka dengan berkesan,” katanya.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff