PKR bukan parti Malaya tetapi parti Malaysia – Abdul Rahman

KOTA MARUDU – Dakwaan bahawa PKR merupakan ‘parti Malaya’ disangkal keras oleh Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya PKR Sabah, Abdul Rahman Md Yakub.

Beliau menegaskan bahawa PKR adalah parti Malaysia yang di mana sejarah parti itu jelas membuktikan bahawa ia bukan ditubuhkan oleh orang dari Semenanjung semata-mata, sebaliknya lahir hasil perbincangan bersama tokoh-tokoh dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“Saya bantah betul kalau PKR dituduh sebagai parti Malaya. Ini bukan parti Malaya, ini parti Malaysia.

“Apa bezanya parti Malaya dengan parti Malaysia? Parti Malaya ditubuhkan di Malaya oleh orang Malaya, kemudian dibawa ke Sabah.

“PKR bukan ditubuhkan oleh orang Malaya. PKR ditubuhkan oleh orang Malaysia.

“Siapa orang Malaysia itu? Orang Malaysia itu ada orang Sabah, ada orang Malaya, ada orang Sarawak,” katanya ketika berucap sempena pelancaran Manifesto calon PH Bandau di Marudu Inn Hotel, di sini pada Rabu.

Jelasnya, beliau antara salah seorang yang terlibat dalam perbincangan penubuhan PKR bersama beberapa orang lain lagi dari Sabah dan Sarawak serta Semenanjung.

“Tiga-tiga kawasan wilayah Malaysia ini sama-sama duduk bincang masyarakat. Sehingga terlahirlah Parti Keadilan Nasional dulu namanya.

“Sebelum bertukar kepada Parti Keadilan Rakyat. Macam mana saya tahu? Saya salah seorang yang sama-sama duduk bincang, melibatkan diri. Ini orang Sarawak sana, orang Sabah sana, orang Malaya sana. Ini bukan parti Malaya, ini parti Malaysia,” ujarnya.

Katanya, PKR menjadi satu-satunya parti yang benar-benar mencerminkan aspirasi dan kepelbagaian rakyat Malaysia merentasi kaum, agama dan wilayah.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff