Nilai kontrak AS, Arab Saudi cecah AS$575 bilion

DOHA – Nilai kontrak dimeterai antara syarikat Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi tahun ini mencecah AS$575 bilion selepas beberapa perjanjian baharu diumumkan minggu ini, menurut Menteri Pelaburan Arab Saudi, Khalid Al-Falih, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman baru-baru ini mengadakan lawatan rasmi dua hari ke AS dan menghadiri forum pelaburan disertai wakil perniagaan dan syarikat dari kedua-dua negara.

“Sebanyak 242 perjanjian baharu diumumkan antara syarikat Saudi dan Amerika bernilai kira-kira AS$267 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan perjanjian berjumlah kira-kira AS$575 bilion, termasuk AS$307 bilion perjanjian yang ditandatangani di Riyadh pada Mei,” kata Al-Falih kepada penyiar Al Ekhbariya semalam.

Perjanjian perkongsian strategik antara kedua-dua negara ditandatangani semasa lawatan Presiden AS, Donald Trump ke Riyadh memberi peluang kepada Arab Saudi untuk terlibat dan memperoleh pengalaman dalam teknologi maju AS yang tidak tersedia untuk semua negara, kata menteri itu.

Al-Falih percaya peluang pelaburan baharu ini akan memberi kesan positif kepada ekonomi Saudi dalam pelbagai sektor serta meningkatkan kualiti hidup rakyatnya.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit