Monorel rosak: Gayat, cemas selubungi operasi pemindahan penumpang

DETIK cemas terpaksa dilalui oleh para penumpang monorel apabila tren yang dinaiki mengalami kerosakan dan berhenti di tengah-tengah landasan tinggi antara Stesen Medan Tuanku dan Chow Kit, pagi tadi.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, penumpang dipindahkan ke monorel lain melalui pintu kecemasan dengan dibantu petugas Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail).

“Monorel buat hal ke tu? Tapi seramnya transfer (pindahkan) penumpang macam tu,” kata pemilik video berkenaan yang merakam kejadian dari sudut tingkap sebuah bangunan tinggi.

Orang ramai yang menonton rakaman itu juga meluahkan rasa takut jika mereka terpaksa berdepan situasi sama.

“Ngerinya cara mereka transfer penumpang. Memang seram dan gayat.

“Keburukan monorel ni kalau rosak susah nak transfer penumpang. Berbeza dengan MRT ada laluan pejalan kaki kat tengah-tengah tu,” demikian kata sebahagian netizen.

Sementara itu, Rapid Rail memaklumkan kejadian berlaku pada pukul 8.50 pagi itu melibatkan sebuah tren bernombor 25 yang mengalami gangguan bekalan kuasa, mengakibatkan tren tersebut berhenti di antara Stesen Medan Tuanku dan Stesen Titiwangsa.

Menerusi kenyataan, seorang penumpang pengsan di dalam tren tersebut dan dikeluarkan pasukan bomba.

“Pasukan perubatan turut berada di lokasi bagi memberikan rawatan awal sebelum mangsa dibawa pulang oleh ahli keluarga.

“Semua penumpang lain dibawa ke Stesen Medan Tuanku untuk meneruskan perjalanan masing-masing,” katanya.

Rapid Rail turut memaklumkan bahawa perkhidmatan tren di laluan monorel kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 11.33 pagi selepas kerja-kerja baik pulih berjaya dilaksanakan.

Related Posts

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

BERA – Seorang lelaki cedera dipercayai ditumbuk individu tidak dikenali ketika operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Kekal Ramsar, dekat Tasik Bera, semalam. Kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

KUANTAN – Bekas jurutera rangkaian telekomunikasi 5G bagi Wilayah Timur, Ahmad Murad Mat Hasim @ Idris dilantik sebagai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, hari ini. Selain mempunyai pengalaman dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026