Warga emas rugi RM706,000 akibat sindiket ‘phone scam’, suspek menyamar pegawai NSRC

KUCHING — Seorang wanita warga emas berusia 75 tahun menjadi mangsa penipuan dalam talian membabitkan sindiket ‘phone scam’, yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM706,000 selepas terpedaya dengan panggilan daripada individu tidak dikenali yang mendakwa dirinya pegawai daripada Pusat Tindak Balas Scam Kebangsaan (NSRC).

Menurut Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, kejadian berlaku pada 28 Ogos lalu apabila mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki menggunakan nombor 016-9934728 yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Chong daripada NSRC.

Suspek mendakwa kad pengenalan mangsa terlibat dalam kegiatan jenayah penipuan dan kononnya menerima wang haram daripada kegiatan tersebut.

Mangsa yang panik menafikan dakwaan itu, namun panggilan tersebut kemudian disambungkan kepada seorang lagi individu yang memperkenalkan diri sebagai Tuan Lin melalui nombor 019-7963249 sebelum komunikasi diteruskan melalui aplikasi WhatsApp.

Suspek kemudian memaksa mangsa membuat pindahan wang bagi tujuan kononnya siasatan Bank Negara Malaysia.

Mangsa yang percaya kepada helah tersebut telah membuat dua transaksi ke dua akaun syarikat berbeza, membabitkan jumlah keseluruhan RM706,000.

Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas menceritakan kejadian itu kepada seorang rakan, sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, ketika mengesahkan kes berkenaan berkata, jumlah kes penipuan menggunakan modus operandi serupa di daerah ini amat membimbangkan.

“Sehingga 19 November 2025, sebanyak 93 kertas siasatan telah dibuka membabitkan kerugian keseluruhan berjumlah RM6.67 juta, termasuk kes terbaharu ini,” katanya dalam kenyataan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan mendorong mangsa menyerahkan harta secara tidak jujur.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara antara satu hingga sepuluh tahun, sebatan dan denda.

Alexson turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap panggilan mencurigakan.

“Jangan panik, tamatkan panggilan serta-merta dan jangan sesekali memberikan maklumat peribadi atau perbankan kepada pemanggil tidak dikenali. Orang ramai juga boleh membuat semakan nombor telefon atau akaun bank melalui portal Semak Mule PDRM,” tegasnya.

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dibuat melalui Hotline JSJK Sarawak di talian 011-62890089, e-mel kjsjkswk@rmp.gov.my , atau menghubungi NSRC melalui talian 997 yang beroperasi 24 jam.

Related Posts

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

KULIM – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya minggu lalu. Tertuduh, G. Vikneswaran, 43, yang tidak diwakili peguam mengangguk faham sebaik pertuduhan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63