Tekad bawa identiti serta pembangunan, Rufinah perjuang Harapan Tulid

PENSIANGAN – Calon PH bagi DUN Tulid, Datin Rufinah Pengeran menyeru rakyat setempat memberi sokongan kepadanya agar dapat berkhidmat dengan sepenuh hati serta memacu pembangunan kawasan.

Menurut Rufinah, hasrat memperkukuh identiti rakyat Sabah melalui penubuhan pusat atau gerai khas untuk wanita juga dilihat sebagai ruang bagi mereka berkembang dan menyinar.

Tambahnya, antara perkara yang ingin diperjuangkannya ialah penubuhan sebuah gerai khas wanita di kawasan Tulid.

“Di Kota Kinabalu kita nampak ada Pasar Filipina dan popular hingga masuk TV tetapi kita di sini, tiada pasar Dusun, tiada pasar Murut.

“Jadi itulah kita perjuangkan dan kita akan tunjukkan identiti orang Sabahan,” katanya semasa berucap dalam Jelajah Kempen DUN Tulid, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mansiat, Kampung (Kg) Tuawon, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Rufinah turut berkongsi pengalamannya sebagai seorang guru selama 20 tahun, termasuk bertugas di kawasan pedalaman Pensiangan yang bersempadan dengan Indonesia.

Kata Rufinah, pengalaman itu membolehkannya memahami keperluan masyarakat luar bandar.

“Kita ikut perahu, kita jalan kaki naik bukit, di sana kita merasakan denyut nadi rakyat yang hidup susah,” katanya.

Rufinah berkata, kerjasama PH-BN di Pensiangan adalah kunci kepada kesinambungan pembangunan, selain dapat mengelakkan ketidaktentuan politik dan memberi ruang kepada kerajaan untuk fokus.

“Tidak ada istilah orang bilang yang tidak kenal. Kami memang rapat dengan Ketua Bahagian PBRS DUN Tulid, Matusin Bowie,” ujarnya.

Sementara itu, Rufinah sempat meninjau jalan yang digunakan penduduk Kg Mansiat, apabila kenderaan terpaksa meredah sungai hanya untuk menyeberangi jalan, menekankan keperluan infrastruktur yang lebih selamat dan efisien bagi komuniti setempat.

Tambahnya, kawasan tersebut memerlukan pembinaan jambatan khas, bukan sahaja bagi menjamin keselamatan penduduk, malah kerana laluan itu turut digunakan untuk pengangkutan hasil tanaman tempatan, sekali gus memudahkan kehidupan dan aktiviti harian komuniti.

Terdahulu, Rufinah bersama Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Naib Ketua Wanita PKR, Rozana Zainal Abidin serta jentera PH-BN melakukan Ziarah Kasih di sekitar kawasan sekitar Sinaron dan Lalapakon, Trusmadi Tulid.

Related Posts

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

PUTRAJAYA – Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat telah berjaya meletakkan semula Malaysia pada landasan ekonomi yang lebih stabil, kredibel dan berdaya saing di peringkat antarabangsa berbanding era…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan ummah atau perceraian politik?

‘PERPADUAN Ummah’ ialah antara slogan paling kerap diulang oleh Pas dalam dua dekad terakhir. Ia kedengaran mulia, menyentuh emosi umat Islam dan memberikan gambaran bahawa Pas ialah parti yang sentiasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng – Mufti Kedah

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng – Mufti Kedah