KBS jawab esok di Parlimen isu palsu dokumen pemain warisan

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedia bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengambil langkah wajar berhubung isu pemalsuan dokumen tujuh ‘pemain warisan’ skuad kebangsaan.

Pendirian itu dibuat selepas meneliti alasan bertulis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, KBS mengikuti rapat perkembangan kes ini dan peranan KDN adalah kritikal memandangkan aspek jenayah berada di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.

“Untuk aspek itu adalah di bawah bidang kuasa KDN jadi kita serahkan kepada kementerian itu dan saya telah menghubungi Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)… tetapi belum dapat lagi maklum balas.

“Saya sendiri sedang meneliti alasan bertulis penuh FIFA.

“Saya rasa bagi beliau masa untuk meneliti juga dan kemudiannya saya pasti KDN akan menjawab,” katanya, lapor Bernama.

Semalam, menerusi alasan bertulis penuh setebal 63 muka surat dikeluarkan Jawatankuasa Rayuan FIFA, badan bola sepak dunia itu mengarahkan sekretariat mengambil langkah sewajarnya untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa di lima negara iaitu Brazil, Argentina, Belanda, Sepanyol dan Malaysia.

Menurut jawatankuasa itu, pemalsuan (dokumen) adalah satu kesalahan jenayah di negara-negara terbabit dan penting agar pihak berkuasa dimaklumkan supaya siasatan serta prosiding jenayah sewajarnya dijalankan.

Dalam pada itu, Hannah menjelaskan, pihaknya akan memberi penerangan lanjut berhubung persoalan membabitkan FAM dan FIFA di Parlimen esok.

“KBS akan menggulung dalam Parlimen iaitu belanjawan KBS untuk 2026 akan dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen. Jadi, semua ini akan dijawab dalam Parlimen,” katanya.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai