Inkues: Pelajar senior menangis, rasa bersalah kejadian menimpa Zara

KOTA KINABALU – Prosiding inkues Zara Qairina Mahathir hari ini dimaklumkan bahawa perasaan bersalah dalam kalangan pelajar senior bukan sahaja dapat dilihat melalui tangisan mereka, tetapi juga melalui kesukaran mereka memberikan maklumat pada peringkat awal siasatan dalaman.

Demikian keterangan saksi ke-48, Miswati Lundu, tampil menceritakan keadaan pelajar-pelajar senior yang dipercayai individu terakhir berinteraksi dengan Zara pada malam 15 Julai 2025.

Menurut kenyataan media pasukan guaman ibu Zara, Miswati yang juga Guru Unit Bimbingan & Kaunseling serta warden asrama SMKA Tun Datu Mustapha, berkata sesi siasatan dalaman yang dijalankan pada 16 Julai 2025 mendapati para pelajar senior itu berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil.

Kenyataan bersama pasukan guaman ibu Zara itu diketuai Shahlan Jufri; Rizwandean M Borhan; Mohd Syarulnizam Mohd Salleh; Mohd Luqman Syazwan Zabidi; Farrah Nasser dan Elhanan James.

“Saksi memberitahu bahawa pelajar-pelajar tersebut menunjukkan emosi kurang stabil, mereka menangis dan tidak mahu memberikan respons pada awalnya,” kata kenyataan pasukan guaman mengenai prosiding keterangan saksi ke-48 di Mahkamah Koroner di sini pada Rabu.

Menurut kenyataan pasukan guaman, saksi memberitahu keadaan tersebut jelas menggambarkan rasa terkejut kumpulan pelajar itu selepas dimaklumkan mengenai tragedi yang berlaku kepada Zara hanya beberapa jam selepas perjumpaan mereka.

“Saksi nampak para pelajar senior tersebut merasa bersalah kerana tidak menyangka ada tragedi berlaku selepas perjumpaan mereka dengan Zara pada malam 15 Julai 2025.

“Saksi berkata siasatan dalaman pada pagi itu turut menumpukan kepada interaksi yang berlaku antara Zara dan pelajar senior yang menyoal mangsa berhubung isu kecurian pin bendera.

“Saksi menjelaskan bahawa pada malam kejadian, seorang pelajar senior telah meninggikan suara ketika bercakap dengan Zara, namun saksi tidak mengetahui keadaan sebenar emosi mangsa ketika itu,” jelasnya.

Saksi bagaimanapun bersetuju bahawa situasi seperti itu boleh menimbulkan gangguan emosi kepada seorang pelajar, terutama apabila melibatkan elemen teguran atau tekanan sosial daripada rakan sebaya.

“Dalam keterangannya, Miswati turut merujuk kepada pengakuan seorang pelajar junior yang menyatakan dirinya pernah menggunakan bahasa kasar seperti ‘bodoh’ dan ‘si*l’ terhadap Zara pada malam kejadian.

“Beliau bersetuju bahawa kata-kata sedemikian berpotensi memberi kesan kepada emosi Zara, selain konteks perbualan yang menegangkan antara mangsa dan pelajar senior,” kata pasukan guaman.

Related Posts

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memohon Kementerian Kewangan mempertimbangkan kenaikan cukai jualan ke atas rokok dalam Belanjawan 2027, sebagai langkah membendung peningkatan tabiat merokok dalam kalangan golongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera