Yamani Hafez tawar agenda Harapan Baharu untuk Sindumin

SIPITANG – Calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, Datuk Yamani Hafez Musa komited untuk membawa suara rakyat ke tahap yang sewajarnya melalui pentadbiran yang lebih terbuka, berkesan dan dekat dengan masyarakat.

Jelasnya, beliau bukan sekadar seorang calon tapi sebagai anak jati Sipitang yang memahami kehidupan dan keperluan rakyat Sindumin.

“Aspirasi kita untuk Sindumin bukan sekadar janji di atas kertas, ia adalah tekad yang lahir daripada hati yang ikhlas.

“Isu asas seperti kemudahan, pendidikan dan peluang ekonomi akan menjadi fokus utama.

“Kebajikan rakyat juga akan menjadi keutamaan dalam setiap tindakan dan keputusan.

“Dalam suasana dunia yang semakin mencabar pendidikan menjadi kunci pemacu masa depan anak muda.

“Kita mahu anak-anak muda Sindumin berani melangkah ke menara gading, pusat latihan TVET serta bidang sains dan teknologi baharu supaya mereka mampu bersaing dalam industri minyak dan gas, sektor hiliran serta pelbagai peluang ekonomi yang sedang berkembang,” katanya di sini pada Selasa.

Yamani turut berjanji bahawa warga Sindumin akan diberi keutamaan dalam peluang pekerjaan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), anak tempatan wajar menjadi pelaku utama bukan sekadar pemerhati.

“Selain pembangunan ekonomi, saya juga turut menumpukan perhatian pada pemeliharaan warisan budaya, kehijauan alam dan identiti komuniti.

“Sindumin kaya dengan tradisi, hasil pertanian, kraftangan dan potensi pelancongan yang luar biasa perlu diperkukuh melalui sokongan kepada usahawan tempatan dan program kebudayaan,” katanya.

Yamani menyeru penduduk Sindumin untuk bersama membina masa depan yang lebih baik.

“Inilah tekad saya, Yamani Hafez anak jati Sipitang yang mewakili Pakatan Harapan untuk membawa harapan baharu kepada Sindumin.

“Bersama kita bina masa depan yang adil, makmur dan berprinsip. Dari kita, untuk kita,” ujarnya.

Related Posts

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

MACHANG – Empat negeri di utara dan Pantai Timur, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu merekodkan kadar pembabitan kes dadah melebihi ambang nasional. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nik Nazmi direhatkan tiga bulan daripada aktiviti Bersama susulan kes khalwat

PEMIMPIN Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad direhatkan daripada semua aktiviti rasmi parti itu selama tiga bulan susulan pengakuannya ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes khalwat pada 15 Oktober…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24