Sarawak fokus penyelidikan hutan, sokong agenda sifar karbon PBB

KUCHING – Sarawak menegaskan komitmen untuk memperkukuh penyelidikan perhutanan sebagai langkah menyokong agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuju sasaran sifar karbon menjelang 2050.

Premier, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak serius memainkan peranan dalam usaha mitigasi pelepasan karbon selaras dengan perubahan tumpuan ekonomi global ke arah pembangunan hijau.

Menurutnya, komitmen itu mendorong kerajaan negeri menstruktur semula pengurusan hutan dengan pendekatan lebih berasaskan sains dan penyelidikan, termasuk penanaman pelbagai spesies pokok.

“Walaupun kita memiliki hutan semula jadi, ia tetap perlu diperkaya melalui penanaman pokok baharu sama ada menggunakan biji benih atau kaedah cantuman.

“Kita perlu melaksanakan lebih banyak penyelidikan bagi membolehkan penanaman pokok dilakukan dalam tempoh lebih singkat, sekali gus mewujudkan kawasan penyimpanan karbon dan menghasilkan lebih banyak oksigen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Penyelidikan dan Inovasi Ladang Hutan 2025 (ICFPRI25) yang berlangsung di sebuah hotel pada Isnin.

Abang Johari menjelaskan bahawa hutan hari ini tidak lagi dilihat sekadar sumber bahan binaan, tetapi aset penting dalam perdagangan karbon global yang menjadi formula baharu dunia dalam menangani perubahan iklim.

Sehubungan itu, beliau berkata, Sarawak sedang mempergiat agenda ekonomi hijau bagi meningkatkan penghasilan oksigen, penyerapan karbon serta memperkayakan biodiversiti sambil mengekalkan ekosistem purba yang dimiliki Sarawak.

“Saya berharap para saintis dan pakar dapat mencari lebih banyak kaedah untuk memperkayakan kawasan penyimpanan karbon, meningkatkan kandungan oksigen dan memulihkan hutan, khususnya di kawasan tropika yang mempunyai cahaya matahari dan air mencukupi untuk pertumbuhan pesat.

“Dengan usaha ini, Sarawak boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada isu perubahan iklim global,” katanya.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

BENTONG – Kerajaan Pahang menegaskan bahawa tiada perkhidmatan ejen atau orang tengah dilantik bagi menguruskan permohonan geran usahawan yang disediakan kerajaan negeri. Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan negeri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti