Tentera Darat gagalkan cubaan seludup rokok, bawang lebih RM800,000 di Serikin

BAU – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup rokok dan bawang bernilai kira-kira RM832,500 dalam serbuan di kawasan sempadan Serikin, petang tadi.

Serbuan pada jam 5.45 petang itu dilakukan oleh anggota Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) yang menjalankan tugas pengawasan sempadan di bawah Operasi Keris Parang.

Menurut TDM, pasukan berkenaan mengesan pergerakan mencurigakan beberapa lori yang melalui laluan tidak diwartakan dari arah Indonesia menuju ke kawasan kampung berhampiran.

Tindakan pantas anggota berjaya menahan empat lelaki tanpa sebarang insiden, terdiri daripada seorang warga tempatan dan tiga warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam penyeludupan tersebut.

Pemeriksaan lanjut mendapati lori-lori berkenaan membawa 21,600 karton rokok jenama Gudang Gading bernilai anggaran RM648,000 serta 900 guni bawang bernilai RM31,500. Turut dirampas empat lori pelbagai jenis dengan nilai keseluruhan RM153,000.

Keseluruhan nilai rampasan termasuk muatan dan kenderaan dianggarkan berjumlah RM832,500.

Semua suspek dan barangan rampasan telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk siasatan lanjut mengikut undang-undang sedia ada.

TDM dalam kenyataan memaklumkan bahawa kejayaan tersebut menutup satu lagi ruang eksploitasi sindiket penyeludupan di sepanjang sempadan darat Sarawak, hasil kesiapsiagaan anggota serta kerjasama berterusan dengan agensi penguatkuasaan lain.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai