PERDIM tampil bantu kutip dana baik pulih rumah asnaf

KUANTAN – Tugas doktor atau pegawai perubatan tidak terhad kepada memberi rawatan serta khidmat nasihat kesihatan semata-mata.

Bahkan, mereka juga memainkan peranan penting dalam kesejahteraan komuniti setempat dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Itu adalah antara sumbangan Persatuan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) yang tampil mengumpul sumbangan bagi kerja baik pulih kediaman seorang penduduk di Kampung Seri Damai, dekat sini.

Presiden PERDIM, Dr Boi Saidi Abd Razak berkata, keadaan rumah didiami keluarga Nek Zaidi Sidek yang sangat uzur memerlukan pembaikan segera.

“Saya bersama pasukan PERDIM turun padang melihat sendiri keadaan rumah Nek Zaidi sebelum ini bagi mengenal pasti jenis bantuan diperlukan.

“Dia tidak mempunyai kerja tetap dan hanya mengambil upah menjaga kandang lembu diusahakan seorang penduduk di kampung ini.

“Kerosakan rumah Nek Zaidi juga agak kritikal dan memerlukan kerja baik pulih segera… atapnya bocor dan banyak kerosakan lain juga perlu dibaiki,” katanya kepada The Malaysia Press.

Difahamkan, lelaki itu mempunyai tiga anak yang mana anak sulungnya kini tidak bekerja, manakala anak kedua menghadapi masalah pembelajaran (slow learner) dan telah berhenti sekolah.

Anak bongsunya pula masih bersekolah.

Dr Boi Saidi memaklumkan, penilaian awal dilakukan pihaknya mendapati kos bagi kerja baik pulih itu dianggarkan lebih RM3,000.

Katanya, PERDIM seterusnya melancarkan tabung khas bagi kerja baik pulih kediaman itu dan tidak sampai seminggu, jumlah disasarkan berjaya dikumpul.

“Alhamdulillah… semalam kita dah serahkan kepada Nek Zaidi (wang sumbangan) untuk membolehkan kerja baik pulih dilakukan.

“Jumlah berjaya dikumpul RM3,547 dan ia adalah hasil sumbangan ahli PERDIM yang prihatin dengan nasib keluarga berkenaan,” jelasnya.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1