Infrastruktur kampung dan kemudahan komuniti Kabong dinaik taraf

KABONG – Sebanyak sembilan projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Project, RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong diserahkan tapaknya pada Isnin menandakan pelaksanaan rasmi peningkatan infrastruktur kampung dan kemudahan komuniti di daerah ini.

Majlis serah tapak tersebut diadakan bagi memastikan kesemua projek dapat dimulakan mengikut jadual serta memenuhi keperluan penduduk setempat.

Antara projek berkenaan ialah menaik taraf Laluan Belian Malik Bin Pawi di Kampung Hulu Laut bernilai RM100,000; menaik taraf empat laluan belian ke laluan konkrit di Kampung Hilir Tengah (RM60,000); serta pembinaan pondok rondaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Kabong, Sessang, Gerigat, Nyabor, Emplam dan Alit, dengan kos RM45,000 setiap satu.

Selain itu, pemasangan lampu solar di Gelanggang Futsal Sungai Pasir turut dilaksanakan dengan peruntukan RM50,000.

Majlis berkenaan turut disertai Pegawai Khas ADUN Kabong, Nur Elffi Amir; wakil Pejabat Daerah Kabong, Ahmad Sabree Salleh; Penghulu Kamaluddin Rambli; Penghulu Rahman @ Dom Kapok; wakil Majlis Daerah Saratok (MDS), Suriati David Thomas; serta kontraktor-kontraktor yang dilantik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir menegaskan bahawa projek RTP ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kemudahan asas, malah membantu memperkukuh keselamatan dan kesejahteraan masyarakat melalui pembangunan fizikal di peringkat kampung.

Beliau berharap kesemua projek dapat disempurnakan mengikut spesifikasi teknikal dan memberi manfaat terus kepada penduduk Kabong.

Foto: Facebook Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017