ECRL: Duit pusat, kredit negeri — Propaganda murahan tunggang projek Persekutuan

Ketika rakyat Terengganu masih menunggu air takungan penuh, tarif air naik, premium tanah yang naik tiba-tiba dan bantuan rakyat yang makin mengecil, tiba-tiba muncul satu poster rasmi Kerajaan Negeri dengan tajuk gah:

“ECRL dijangka lonjak KDNK Terengganu kepada RM48.2 bilion.”

Hebat bunyinya.
Seakan-akan projek mega itu lahir dari mesyuarat EXCO , bukan daripada keringat Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan dan MRL.

Inilah seni propaganda baharu pihak yang lebih suka berpolitik daripada bekerja projek orang, kredit kami.

ECRL: Projek pusat 100%, tetapi negeri tuntut 110% kredit

Mari kita tekankan fakta yang Kerajaan Negeri cuba sorokkan di sebalik angka bombastik RM48.2 bilion itu:

ECRL ialah projek Kerajaan Persekutuan.
Direka bentuk oleh pusat.
Dibiayai oleh pusat.
Ditender oleh pusat.
Dibina oleh pusat.
Diselia oleh pusat.

Kerajaan Negeri tidak keluarkan walau 1 sen.

Tidak rancang 1 blueprint pelaksanaan.

Tidak urus 1 kontrak pun.

Tetapi apabila tiba bab bergambar di landasan dengan jaket keselamatan, merekalah yang paling depan.
Bila ada angka KDNK RM48.2 bilion
Urus Setia Penerangan Darul Iman paling laju pasang poster.

Kalau kamera boleh bercakap, mungkin ia pun penat ditunggang.

Soalan mudah rakyat: KDNK naik, duit dalam poket pun naikkah?

Poster itu mendakwa KDNK Terengganu akan melonjak. Baik.

Tapi mari tanya soalan yang lebih jujur.

Jika KDNK melonjak RM48 bilion, kenapa rakyat tak rasa apa-apa?

Gaji masih rendah.

Peluang kerja masih bergantung kepada pusat.

Sistem air masih gagal diselenggara.

Dana raya tak ada.

Premium tanah dinaikkan.

Tarif air pun ikut naik.

Jadi KDNK naik itu lompat ke mana?
Ke poket rakyat?
Atau ke slide PowerPoint ceramah politik?

Projek negeri gagal, projek pusat dijadikan ‘talian hayat propaganda’

Inilah pola yang kita lihat berulang-ulang:
Apabila projek negeri sendiri bermasalah, projek kerajaan pusat tiba-tiba dijadikan modal propaganda negeri.

Contohnya:

Tasik Kenyir — projek negeri bertukar ‘misteri kehilangan’.

Air Terengganu rakyat bayar lebih, paip masih kerap kering.

Pembangunan negeri majoriti besar datang daripada peruntukan pusat.

Maka, untuk menutup kelemahan sendiri, kerajaan negeri terpaksa ‘bergayut’ pada projek Persekutuan.

RM48 bilion KDNK vs RM0 tanggungjawab negeri

Inilah hakikat yang rakyat perlu tahu.

ECRL bukan kejayaan kerajaan negeri.

ECRL ialah kejayaan kerajaan pusat.

Jika benar kerajaan negeri membawa pembangunan,
tunjukkan satu projek mega yang negeri biayai,
dibina sendiri,
diurus sendiri,
dan memberi manfaat besar kepada rakyat.

Satu pun tiada.

Rakyat Perlu Fakta, Bukan Poster Gah Tanpa Kandungan

Pembangunan yang sebenar bukan sekadar angka KDNK dalam poster, tetapi peningkatan hidup rakyat yang dapat disentuh, dirasa dan dinikmati.

Jika Kerajaan Negeri mahu bercerita tentang kemajuan, mulalah dengan:

menurunkan premium tanah,

menambah bantuan rakyat,

menyelesaikan masalah air,

memperkukuh peluang pekerjaan.

Bukannya menunggang projek Kerajaan Persekutuan sambil menuduh pusat tidak bantu.

Kerajaan pusat kerja,
kelulusan pusat,
duit pusat,
projek pusat
yang sibuk mendakwa kredit: negeri.

Inilah propaganda yang akhirnya memalukan diri sendiri.

Related Posts

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

UCAPAN dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam cukup menarik perhatian. Antara perkara yang paling mencuri tumpuan ialah desakan supaya Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Ciuman maut’ Khairy buat Zahid, pujian atau perangkap?

Oleh: Nehru Sathiamoorthy ULASAN | Tahukah anda apa yang dikatakan Khairy Jamaluddin mengenai ucapan dasar Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan agung parti hari ini? Khairy menyifatkannya sebagai ucapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan