Caj guna jalan Genting Highlands bukan tol

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berpandangan bayaran dikenakan di Jalan Genting Highlands bukan tol, sebaliknya caj kenderaan bagi laluan persendirian milik pengendali kawasan peranginan itu.

Beliau berkata, penggunaan istilah tepat adalah penting bagi mengelak kekeliruan, memandangkan negara sudah mempunyai 33 konsesi tol di lebuh raya sedia ada.

Ahmad berkata, caj kenderaan itu hanya wajar dikenakan kepada pengunjung menggunakan laluan berkenaan bagi tujuan rekreasi, manakala pekerja dan pemilik tanah serta premis dalam kawasan terbabit tidak dikenakan caj.

“Apakah kesan caj kenderaan itu kepada pihak Genting Highlands? Saya kira jika mereka meletakkan harga tinggi, kuranglah pelancong datang ke tempat itu. Itu risiko yang perlu mereka ambil.

“Pelancong akan pergi ke tempat lain yang tidak ada caj ataupun yang bukan jalan persendirian dan pada pandangan saya secara peribadi, pekerja tidak perlulah dikenakan caj,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab celahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) yang bertanyakan sama ada terdapat akta atau undang-undang khusus berkenaan caj kenderaan yang melalui jalan persendirian, Ahmad menjelaskan, tanah dan jalan yang dibina di atasnya tertakluk kepada kerajaan negeri.

“Jika ada peraturan tertentu, saya kira tentunya peraturan itu melibatkan majlis perbandaran yang berkaitan.

“Jadi, sama ada ada (wujud) peruntukan khusus, ini (pula) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” katanya.

Sebelum ini, Genting Malaysia Berhad mengesahkan akan ada bayaran dikenakan untuk kenderaan memasuki Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Related Posts

PAC syor pegangan saham tempatan MAHB dikekalkan sekurang-kurangnya 70 peratus

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan pegangan saham tempatan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang dimiliki Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Selangor: Kejayaan LRT3 hasil kerjasama pelbagai pihak, bukan milik mana-mana individu

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam merupakan hasil kesinambungan perancangan, komitmen dan kerjasama pelbagai pihak merentasi beberapa pentadbiran, bukannya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan