MTN sepakat perkukuh kawal selia tanah untuk manfaat rakyat

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-82 hari ini memberi tumpuan kepada pengukuhan aspek kawal selia tanah agar lebih berkesan, inklusif dan selari dengan keperluan semasa demi manfaat rakyat.

Beliau menyeru Kerajaan Persekutuan dan negeri supaya terus memperkukuh kerjasama, khususnya dalam usaha mempercepat proses kelulusan urusan tanah bagi tujuan pembangunan agar projek dapat dilaksanakan segera demi kebajikan rakyat.

Bagaimanapun, Anwar berkata, langkah mempercepat proses tersebut mesti dilaksanakan tanpa menjejaskan prosedur sedia ada selain menghormati sepenuhnya bidang kuasa kerajaan negeri dalam urusan tanah.

“Mesyuarat turut bersetuju dan berpegang teguh kepada komitmen mengekalkan 50 peratus keluasan tanah negara sebagai kawasan berhutan, selaras dengan aspirasi antarabangsa dan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030,” kata beliau dalam hantaran di laman Facebook, hari ini.

Katanya, Kerajaan MADANI akan terus berikhtiar mengangkat agenda pembangunan yang seimbang antara keperluan manusia dan kelestarian alam, selaras dengan prinsip kemampanan sebagai teras utama konsep MADANI.

MTN, yang dipengerusikan Perdana Menteri, merupakan platform tertinggi bagi menyelaras perancangan serta pengurusan tanah negara antara Kerajaan Persekutuan dan negeri, bagi memastikan tanah dimanfaatkan secara optimum serta seimbang antara tuntutan ekonomi, keperluan sosial dan kelestarian alam sekitar.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI