Pelan transformasi pegangan tanah padi perlu teliti isu pemilikan — Mohamad Sabu

CADANGAN pelaksanaan Pelan Transformasi Struktur Pegangan Tanah Padi Nasional perlu diteliti secara menyeluruh kerana ia melibatkan isu pemilikan tanah dalam kalangan pesawah, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata, pelan berkenaan tertakluk kepada beberapa faktor penting termasuk persetujuan pemilik tanah, kesesuaian tapak serta kesediaan kerajaan negeri untuk mempertimbangkan cadangan itu memandangkan soal tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Menurutnya, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sentiasa melaksanakan langkah berterusan bagi memastikan industri padi negara kekal mampan dan berdaya saing.

“KPKM juga mengambil maklum akan isu keluasan sawah yang kecil dan berpecah-pecah yang menjadi antara kekangan utama kepada peningkatan produktiviti padi negara.

“Berdasarkan data terkini, purata saiz sawah yang dimiliki oleh seorang pesawah di Malaysia kini hanyalah sekitar 1.06 hektar, jauh lebih kecil berbanding negara jiran seperti Vietnam dan Thailand yang memiliki sawah padi berskala besar dan kebanyakannya berjaya mengadaptasi penggunaan teknologi moden dan digital dalam pengurusan penanaman padi mereka.

“Justeru, KPKM menyambut baik cadangan Pelan Transformasi Struktur Pegangan Tanah Padi Nasional, namun, ianya perlu diperhalusi secara teliti kerana menyentuh isu pemilikan tanah pesawah yang mana perihal tanah adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen, semalam, sebagai menjawab soalan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) mengenai kesediaan kerajaan memperkenalkan pelan berkenaan serta menetapkan garis masa jelas agar Malaysia tidak ketinggalan berbanding negara jiran.

Dalam masa sama, Mohamad berkata, menjadi hasrat KPKM agar industri padi dan beras lebih berdaya maju melalui pengusahaaan sawah berskala lebih besar supaya dapat meningkatkan hasil dan pendapatan pesawah.

“Oleh demikian, Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) adalah antara inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan dan ianya diperluas dengan gabungan sistem pengurusan sistematik serta penggunaan teknologi yang dijangka dapat meningkatkan hasil padi dan pendapatan pesawah,” katanya.

Related Posts

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam tempoh lima tahun apabila melonjak lapan anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

KAZAN – Malaysia bakal memperoleh jaminan bekalan petrol, minyak dan gas bagi tempoh jangka panjang daripada Rusia, sekali gus memastikan kestabilan pasaran domestik serta mengukuhkan sekuriti tenaga negara. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas