Belanjawan Johor 2026 fokus kesejahteraan rakyat, catat lebihan RM4.45 juta

KERAJAAN Negeri Johor memperkukuh agenda kebajikan rakyat dan kemakmuran ekonomi melalui pembentangan Belanjawan Johor 2026 berjumlah RM2.546 bilion, yang turut mencatat lebihan sebanyak RM4.45 juta hasil pengurusan fiskal berhemah dan pertumbuhan ekonomi memberangsangkan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan bagi tahun depan meningkat berbanding RM1.999 bilion pada tahun 2025 dengan unjuran hasil negeri dianggarkan meningkat kepada RM2.55 bilion, sekali gus menjadikan Johor antara negeri dengan asas kewangan paling kukuh di Malaysia.

“Alhamdulillah, ekonomi dan prestasi Johor Darul Ta’zim dalam keadaan amat memberangsangkan. Johor juga kini berada di landasan kukuh dengan hasil negeri mencecah RM2.5 bilion, disokong oleh peningkatan kutipan zakat, hasil pihak berkuasa tempatan (PBT), Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) serta keuntungan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri,” katanya ketika membentangkan belanjawan berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini, hari ini.

Onn Hafiz berkata, Belanjawan Johor 2026 berpaksikan tema ‘Bangsa Johor Sejahtera’ dan dirangka selaras dengan Enam Teras Maju Johor yang merangkumi 260 inisiatif pembangunan sosial, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Tambah beliau, sepanjang tempoh tiga tahun enam bulan, Johor berjaya menarik pelaburan berjumlah RM218 bilion serta mewujudkan lebih 64,000 peluang pekerjaan. Kadar pengangguran kekal rendah pada paras 2.3 peratus, manakala pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 6.4 peratus menjadikan negeri ini mencatat kadar pertumbuhan ekonomi tertinggi di Malaysia.

“Nilai hasil jualan sektor pertanian berjumlah RM27.2 bilion juga yang tertinggi dalam negara. Peningkatan hasil ini bukan sahaja mencerminkan kekuatan ekonomi Johor, tetapi juga bukti bahawa setiap dasar dan inisiatif dilaksanakan oleh kerajaan negeri ini membuahkan hasil nyata kepada rakyat,” katanya.

Beliau menambah bahawa kerajaan negeri komited untuk terus mengekalkan momentum pertumbuhan tersebut melalui pelaksanaan pelan pembangunan berasaskan pelaburan strategik, inovasi dan kemakmuran inklusif menjelang tahun 2026.

Onn Hafiz turut menjelaskan peningkatan hasil negeri yang melangkaui unjuran asal Belanjawan Johor 2025 adalah hasil daripada pengurusan ekonomi berhemah serta pelaksanaan dasar pembangunan negeri yang berimpak tinggi.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan