Tidak benar soalan ujian bertutur SPM bocor – KPM

PUTRAJAYA – Dakwaan bahawa wujudnya kebocoran soalan ujian bertutur bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 adalah tidak benar.

Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan, senarai tema yang ditularkan merupakan ramalan guru dan calon peperiksaan.

Katanya, maklumat yang tular di media sosial itu adalah senarai tema umum dan merupakan kandungan yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

“Ia tidak menepati definisi kebocoran yang ditetapkan mengikut prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tular di media sosial dakwaan kebocoran soalan Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM Tahun 2025.

Dalam pada itu, KPM berkata, kertas peperiksaan awam disediakan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, diklasifikasikan sebagai sulit seperti peruntukan dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 dan tidak boleh diakses oleh mana-mana pihak.

“KPM menasihatkan calon peperiksaan SPRM tahun ini supaya kekal tenang dan terus fokus kepada peperiksaan yang sedang berlangsung.

“KPM berusaha memastikan kerahsiaan kertas peperiksaan awam adalah terpelihara dan kepentingan serta keadilan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2025 adalah terjamin,” katanya.

Related Posts

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

KUALA LUMPUR – Dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa nama Kerajaan Perpaduan telah disepakati namun ditukar Kerajaan MADANI tanpa pengetahuan parti itu membuktikan UMNO sedang melakukan repositioning politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan