Kecuaian pemandu punca utama kemalangan jalan raya di Sabah

KOTA KINABALU – Kecuaian pemandu menjadi punca utama kemalangan jalan raya yang berlaku di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pertuduhan ke atas pesalah-pesalah trafik di kontinjen Sabah menunjukkan peningkatan.

Jelasnya, kajian yang dibuat oleh pihak trafik menunjukkan 90 peratus daripada kemalangan yang berlaku adalah berpunca daripada kecuaian pemandu.

“Pertuduhan ini kita buat, sebab kalau kita lihat kajian yang dibuat oleh pihak trafik punca kemalangan yang berlaku di kontinjen Sabah ini 90 peratus adalah disumbangkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Pesurujaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, pada Rabu.

Tegasnya, tindakan tegas perlu diambil agar menjadi satu peringatan kepada semua pengguna jalan raya supaya memastikan diri dalam keadaan siap untuk memandu.

“Jadi ini menggambarkan bahawa kita kena menguatkuasakan ataupun melakukan tindakan-tindakan pertuduhan ke atas individu-individu yang melakukan kesalahan trafik ini,” katanya.

Jauteh turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya tidak memandu di bawah pengaruh emosi atau bahan terlarang seperti alkohol yang boleh menjejaskan keupayaan mengawal kenderaan.

“Pemandu perlu siap untuk memandu, siap dari segi kesihatan, siap dari segi kenderaan berkenaan siap dari segi mental bagi mencegah kemalangan,” ujarnya.

Related Posts

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi