Unimap peneraju penyelidikan nasional, raih kepercayaan KPT dengan dana RM4.6 juta

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (Unimap) terus membuktikan keupayaannya sebagai antara universiti penyelidikan utama negara apabila menerima kepercayaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk melaksanakan pelbagai projek penyelidikan berimpak tinggi bernilai RM4.6 juta bagi tahun 2025.

Naib Canselor Unimap, Datuk Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, kejayaan memperoleh dana di bawah Dana Penyelidikan Fundamental (DPF) itu mencerminkan pengiktirafan terhadap kebolehan penyelidik universiti berkenaan dalam menghasilkan inovasi yang menyumbang kepada kemajuan negara.

“Dana ini menandakan keyakinan KPT terhadap kapasiti penyelidik Unimap untuk menerajui bidang baharu dalam sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat terus kepada masyarakat serta industri.

“Jumlah keseluruhan RM4,624,451 itu melibatkan 26 projek di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) bernilai RM3,093,651, empat projek di bawah Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) berjumlah RM730,800dan satu projek di bawah Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) bernilai RM800,000,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, majlis penyerahan geran FRGS dan PRGS disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Prof. Dr. Zainal Amin Ayub sempena Festival Idea Putrajaya (FOI 2025) di Putrajaya International Convention Centre (PICC), baru-baru ini.

“Geran LRGS pula diserahkan lebih awal oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir pada 3 Oktober lalu bersempena Sambutan Hari Akademia 2025.

“Unimap akan menumpukan kepada penyelidikan berorientasikan penyelesaian yang dapat diterjemahkan kepada manfaat langsung untuk komuniti dan sektor industri.

“Fokus kita bukan hanya kepada penerbitan akademik, tetapi bagaimana hasil penyelidikan boleh dimanfaatkan secara praktikal, sama ada dalam bentuk produk, sistem atau dasar,” jelasnya.

Tambah beliau, Unimap juga akan terus memperkukuh jaringan strategik bersama universiti dan industri di dalam serta luar negara bagi memastikan penyelidikan yang dijalankan kekal relevan dengan keperluan semasa.

Related Posts

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

GOPENG – Program MADANI Kita (PMK) 2026 bukan sekadar platform menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan, sebaliknya menjadi medan memperkukuh komunikasi dua hala dengan memberi ruang kepada rakyat menyuarakan pandangan, mengemukakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

BAYAN BARU – Program MADANI Kita (PMK) menjadi antara platform kerajaan untuk mendekati rakyat secara langsung menerusi pendekatan melihat, mendengar dan bertindak terhadap keperluan komuniti setempat. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti