Keputusan tidak fail rayuan, bukti hak 40 peratus hasil Sabah tidak boleh dirunding

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah menyifatkan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sebagai pengiktirafan terhadap prinsip undang-undang bahawa hak 40 peratus hasil Sabah adalah hak perlembagaan yang tidak boleh dirunding atau dilengahkan.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata keputusan untuk memulakan rundingan serta-merta antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengesahkan bahawa hak tersebut bukan ihsan politik, sebaliknya kewajipan perlembagaan yang telah lama gagal dipenuhi.

“Peruntukan 40 peratus ini merupakan komitmen perlembagaan yang mengikat, termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

“Kelemahan dan penyelewengan proses pentadbiran yang berlaku sejak 1974 bukan sekadar kecacatan teknikal, tetapi mencemar prinsip federalisme yang menjadi asas hubungan antara Sabah dan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata dalam mana-mana bidang kuasa undang-undang moden, hak perlembagaan tidak boleh ditangguhkan, dikurangkan atau diabaikan tanpa alasan yang kukuh dan berkadar.

Menurutnya, rundingan yang akan berlangsung selepas ini mesti dilaksanakan dengan telus, berlandaskan data kewangan sebenar dan bebas daripada sebarang manipulasi politik.

“Sabah tidak lagi boleh menerima rundingan tanpa hasil. 

“Hak perlembagaan bukan bahan tawar-menawar ia mesti dipenuhi tepat seperti yang diperuntukkan,” tegasnya.

Bung Moktar berkata BN Sabah akan memantau setiap peringkat proses rundingan bagi memastikan hak Sabah dikembalikan tanpa sebarang kelewatan.

“Tanggungjawab Kerajaan Persekutuan adalah jelas dan tidak boleh dialihkan kembalikan hak Sabah tanpa berlengah.

“Ini bukan gimik politik, ini tuntutan keadilan perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata BN Sabah kekal berpendirian tegas bahawa 40 peratus hasil negeri merupakan hak mutlak Sabah sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa