40 peratus hak Sabah akhirnya jadi kenyataan di bawah pimpinan PMX

KOTA KINABALU – PKR Sabah menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan Pemberian Khas 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, keputusan bersejarah itu menandakan titik pemulihan keadilan fiskal yang telah dinantikan hampir 50 tahun oleh rakyat Sabah.

Beliau berkata, langkah berkenaan membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam menghormati semangat dan roh Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan sekadar di atas kertas, tetapi diterjemahkan melalui tindakan berani dan berprinsip.

“Keputusan ini memperkukuh keyakinan rakyat Sabah bahawa kepimpinan PMX benar-benar memahami denyut nadi dan perjuangan rakyat negeri ini untuk mendapatkan hak yang telah sekian lama dinafikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, PKR Sabah turut menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan untuk memulakan rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah secara segera selepas Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Dewan Undangan (DU) Sabah bagi memastikan pelaksanaan mekanisme pengagihan hasil tersebut dijalankan secara adil, telus dan mengikut undang-undang.

Mustapha menyeru agar rundingan tersebut dilaksanakan dengan semangat kerjasama dan keikhlasan antara kedua-dua kerajaan, tanpa sebarang permainan politik atau kepentingan sempit.

“Apa yang penting ialah memastikan hasil Sabah benar-benar kembali untuk pembangunan wilayah dan kesejahteraan rakyatnya,” ujarnya.

Beliau berkata, langkah itu menutup lembaran panjang ketidakpastian serta membuka era baharu hubungan Persekutuan dan Sabah yang lebih matang, saling menghormati dan berasaskan prinsip keadilan dalam perkongsian hasil negara.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang