Kerajaan Persekutuan dan Sabah saling memerlukan, kunci kemajuan ekonomi – PMX

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan dan negeri Sabah saling memerlukan antara satu sama lain bagi memastikan agenda pembangunan serta kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Sabah perlu terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pembangunan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan.

“Kita perlu sokongan semua negeri. Sabah memerlukan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan juga perlukan Sabah.

“Pilihlah pemimpin yang mampu bekerjasama untuk membawa kemajuan ekonomi negeri ini,” katanya semasa Sesi Ramah Mesra bersama Persatuan Industri Sabah di Magellan Sutera Harbour, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, tumpuan utama kerajaan kini ialah memperkukuh kekuatan ekonomi negara dan memastikan semua negeri, termasuk Sabah, menikmati manfaat pembangunan secara menyeluruh.

Jelas Anwar, beliau tidak mahu melihat perbalahan politik di Sabah mengganggu fokus utama kerajaan terhadap pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan rakyat.

“Kalau mahu gaduh, orang atas yang bergaduh, tetapi rakyat di bawah yang susah.

“Saya tidak datang untuk ambil balak, tanah atau kontrak di Sabah. Saya datang untuk berkhidmat dan bekerjasama memajukan negeri ini,” tegasnya.

Menurut beliau, pembangunan infrastruktur, pendidikan dan kesihatan perlu diberi keutamaan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah.

“Fokus kita ekonomi, ekonomi, ekonomi. Anak-anak kita mesti dapat latihan yang lebih baik.

“Kita mesti perbaiki infrastruktur, pendidikan dan kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut memuji komitmen Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta kepimpinan negeri yang menyokong agenda pembangunan bersama.

“Fokus saya dan rakan-rakan di Sabah ialah memastikan negara ini berjaya sebagai sebuah negara besar dengan ekonomi yang kukuh,” katanya.

Katanya lagi, Malaysia perlu terus mengamalkan dasar luar yang bersahabat dengan semua negara untuk membuka pasaran baharu dan memperkukuh perdagangan.

Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Related Posts

Dakwaan AS tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan, PKR Lembah Pantai buat laporan polis

KUALA LUMPUR – PKR Lembah Pantai membuat laporan polis berkenaan dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas pengarah besar FELDA antara dua ditahan, siasatan urusan tanah dan projek

KUALA LUMPUR – Bekas pengarah besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bergelar Datuk antara dua lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles