Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

GOLONGAN berpendapatan pertengahan (M40) dan kumpulan kurang berkemampuan dijangka menjadi antara fokus utama Belanjawan 2027 yang bakal dibentangkan bulan depan, susulan tekanan kos sara hidup serta cabaran ekonomi yang terus membebani rakyat.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, perhatian khusus terhadap kedua-dua golongan itu penting bagi memastikan Belanjawan 2027 kekal inklusif, selain menangani isu sosioekonomi yang dihadapi rakyat.

“Belanjawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri nanti adalah satu lagi belanjawan yang lebih inklusif, lebih dekat dengan rakyat dan sedikit sebanyak dapat menyelesaikan beberapa permasalahan serta isu yang berbangkit.

“Buat masa ini, pihak terlibat masih lagi menjalankan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh bagi memuktamadkan belanjawan berkenaan,” katanya pada media di Lumut, Perak pada Ahad.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 9 Oktober ini.

Mengulas bantuan sedia ada, Muhammad Kamil berkata, kerajaan akan terus memperkukuh inisiatif seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membantu meringankan beban kewangan isi rumah.

“Dasar-dasar (bantuan) seperti STR dan SARA itu akan diteruskan dan kita nantikan pengumuman lanjut oleh Menteri Kewangan, iaitu Perdana Menteri,” katanya.

Menurutnya, kerajaan turut mempertimbangkan cadangan penambahbaikan terhadap inisiatif sedia ada, termasuk kemungkinan memperkenalkan bentuk sokongan kewangan lain bagi membantu golongan M40 berdepan tekanan kos sara hidup.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan kekal memberi keutamaan kepada usaha memastikan kestabilan politik dan ekonomi terus diperkukuh bagi menjamin kelancaran pelaksanaan dasar serta agenda pembangunan negara.

Related Posts

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

KUALA LUMPUR – Asas ekonomi Malaysia yang kukuh terus menyediakan ruang dan peluang pelaburan yang menarik dalam pasaran modal negara. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican berkata, pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insentif, kemudahan mesra keluarga penting sokong pasangan miliki anak – Pakar ekonomi

KOS sara hidup dan perbelanjaan membesarkan anak yang semakin tinggi antara faktor utama menyebabkan pasangan di Malaysia semakin berhati-hati dalam membuat keputusan untuk memiliki anak. Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles