Armizan nafi tanding kerusi DU Pantai Manis

PENAMPANG – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menolak dakwaan akan bertanding di Dewan Undangan (DU) Pantai Manis seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Penafian itu sekali gus menolak dakwaan yang menyatakan beliau yang juga Ahli Parlimen Papar sebagai bakal calon Ketua Menteri Sabah pada masa hadapan.

“Saya fikir mengenai bertanding calon di Pantai Manis ini saya sudah jawab sebelum ini. Saya tidak berhajat untuk bertanding di kerusi DU, termasuk Pantai Manis.

“Kalau saya ada 48 jam sehari, mungkin saya boleh pertimbangkan… tapi sama macam semua, hanya 24 jam sehari.

“Jadi saya fikir tanggungjawab sedia ada sudah cukup mencabar dan besar,” katanya, lapor Sinar Harian.

Armizan bagaimanapun berkata, seperti beliau berharap ada Ahli Dewan Undangan Sabah (ADUS) daripada Gabungan Rakyat Sabah bagi kerusi DU Pantai Manis.

“Ini bagi membolehkan saya bekerjasama rapat. Sekarang kita ada dua… ADUS Kawang dan ADUS Limbahau (bawah Parlimen Papar) dan tambah lagi satu ADUS Pantai Manis.

“Insya-Allah… kita akan menjadi pasukan terbaik untuk membawa perubahan lebih bernilai dan bermakna untuk Parlimen Papar khususnya,” katanya.

Related Posts

Dakwaan AS tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan, PKR Lembah Pantai buat laporan polis

KUALA LUMPUR – PKR Lembah Pantai membuat laporan polis berkenaan dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas pengarah besar FELDA antara dua ditahan, siasatan urusan tanah dan projek

KUALA LUMPUR – Bekas pengarah besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bergelar Datuk antara dua lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles