Graduan UTS diseru jadi pemacu transformasi dan penjunjung integriti Sarawak

SIBU – Para graduan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) diseru agar menjadi tenaga penggerak utama dalam membina masa depan negeri seiring aspirasi menjadikan Sarawak sebagai hab digital, kuasa tenaga hijau dan pusat inovasi menjelang 2030.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak merangkap Canselor UTS, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, amanah yang diterima oleh graduan bukan sekadar skrol kejayaan tetapi simbol tanggungjawab besar untuk membentuk masa depan negeri dan negara.

“Graduan sekalian, hari ini anda akan menerima skrol. Namun bersamanya hadir sesuatu yang lebih besar iaitu tanggungjawab. Anda bukan lagi pelajar UTS semata-mata, tetapi individu berilmu yang memiliki kuasa dan amanah untuk membentuk masa depan,” katanya ketika menyampaikan Amanat Canselor sempena Majlis Konvokesyen Ke-10 UTS di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, di sini, pada Sabtu.

Menurut beliau, di bawah kepimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak kini bergerak ke arah menjadi negeri maju dengan matlamat besar menjelang 2030 termasuk menjadi hab digital, pusat tenaga hijau, hab teknologi dan inovasi, serta pusat penerbangan dan angkasa serantau.

Beliau berkata, pelbagai projek strategik seperti pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching baharu, pelabuhan kargo serantau Tanjung Embang, pengangkutan awam pintar, infrastruktur jalan bertaraf dunia, dan pertanian berteknologi tinggi sedang dilaksanakan bagi memperkukuh kedudukan Sarawak di peringkat global.

“Projek berani seperti Loji Hidrogen Bersepadu dan eksport hidrogen hijau meletakkan kita di barisan hadapan transformasi global. Di samping itu, pengeluaran metanol, ekonomi digital, pusat data dan pembangunan grid pintar turut menerangi laluan ke hadapan,” ujarnya.

Wan Junaidi menegaskan pembangunan ini bukan sekadar pemacu ekonomi tetapi membuka pintu kepada peluang baharu untuk para graduan menonjol dalam pelbagai bidang terutama dalam sektor teknologi, kejuruteraan dan inovasi.

“Impian besar ini boleh dicapai kerana anda generasi pemikir, jurutera, pereka, pendidik dan usahawan yang bakal membentuk wajah baharu Sarawak. Hari ini bukan pengakhiran tetapi permulaan,” katanya.

Dalam amanatnya, beliau turut mengingatkan agar graduan mempertahankan hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta tidak mudah terpengaruh dengan usaha pihak tertentu yang cuba memperkecilkan perjuangan negeri.

“Kita tidak akan menyerah atau membiarkan cita-cita kita dipersenda. Sebaliknya, kita mesti berdiri teguh, bersatu dan menyokong usaha menuntut semula warisan hak kita demi kelestarian pembangunan dan perpaduan negara,” tegasnya.

Wan Junaidi juga menekankan kepentingan integriti dan nilai moral dalam mendepani cabaran dunia moden.

“Ilmu tanpa integriti amat berbahaya. Kejayaan yang dibina atas ketidakjujuran rapuh dan akan runtuh. Jangan biarkan rasuah mencemari pencapaian anda,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, penubuhan Jabatan Ombudsman Sarawak adalah langkah kerajaan negeri bagi memastikan tadbir urus yang bersih, telus dan berintegriti.

“Integriti ialah perisai anda, akhlak ialah kompas anda. Hargai pengorbanan ibu bapa dan pensyarah anda. Kejayaan sejati bukan hanya milik individu, tetapi turut mengangkat keluarga, masyarakat dan negara,” ujarnya.

Mengakhiri amanatnya, Wan Junaidi menyeru para graduan supaya menanam tujuan dan makna dalam kehidupan selaras dengan visi pembangunan Sarawak dan Malaysia.

Foto: FB live Unit Komunikasi Awam Sarawak

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung