Inkues: Saksi ke-31 dakwa Zara berjumpa untuk minta maaf

KOTA KINABALU – Saksi kanak-kanak ke-31 memaklumkan kepada mahkamah bahawa Zara datang seorang diri untuk berjumpa dengan saksi dan kawan saksi, iaitu seorang pelajar senior tingkatan dua untuk meminta maaf mengenai surat mengandungi kata-kata ‘body shaming’ terhadap kawan saksi.

Perkara itu dimaklumkan saksi dalam prosiding inkues yang berlangsung pada Jumaat di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hasan.

Peguam ibu Zara, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, saksi merupakan seorang pelajar senior dan tinggal di dorm dan blok asrama berbeza dari Zara.

“Saksi mengenali Zara sebagai pelajar junior tingkatan satu, namun tidak rapat dengannya.

“Saksi hanya ingat pernah berjumpa dengan Zara sekali pada hujung April 2025 sekitar 10 malam.

“Pada ketika itu, Zara datang seorang untuk berjumpa dengan saksi dan kawan saksi untuk meminta maaf mengenai surat mengandungi kata-kata ‘body shaming’ terhadap kawan saksi,” ujarnya.

Tambahnya, kata-kata itu merupakan ‘Sok-sok orku’ yang bermaksud menyindir seseorang yang ’perasaan kuat’.

Menurut Syarulnizam, saksi berkata, semasa Zara minta maaf dia tidak tahu samada Zara yang menulis surat tersebut, tetapi saksi pasti ada juga seorang pelajar junior lain terlibat menulis surat tersebut.

Dalam pada itu, semasa kejadian, saksi juga melihat para pelajar senior tingkatan empat melewati dorm tersebut dan bertanya kepada saksi apa yang berlaku.

“Saksi menerangkan tentang surat tersebut dan tujuan Zara meminta maaf.

“Selepas itu, seorang pelajar senior berteriak memanggil pelajar junior lain yang dikaitkan dengan surat tersebut,” jelasnya.

Katanya lagi, saksi nampak pelajar senior tingkatan empat menasihati kedua-dua Zara dan pelajar junior tersebut agar tidak mengulangi perbuatan itu.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar