Malaysia bukan ular lidi, yang lemah ialah pemikiran lama Pas

KENYATAAN terbaharu Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam siri Minda Presiden Pas bertajuk ‘Ular Lidi Bersahabatkan Anakonda’ sekali lagi memperlihatkan betapa jumudnya pandangan politik luar parti itu yang terperangkap dalam nostalgia perang dingin dan sentimen anti-Barat yang sudah ketinggalan zaman.

Tulisan yang kononnya berunsur nasihat geopolitik itu hakikatnya hanyalah ceramah retorik yang membakar kebencian terhadap dasar luar Malaysia dan cuba menanam persepsi bahawa negara ini menjadi boneka Amerika Syarikat.

Malaysia bukan ular lidi, tapi harimau yang sedang bangkit

Malaysia bukan ‘ular lidi’ seperti yang digambarkan oleh Hadi.

Negara ini mempunyai sistem ekonomi kukuh, rizab antarabangsa melebihi AS$115 bilion, serta kedudukan pelaburan langsung asing yang terus meningkat kepada RM329 bilion pada 2024, antara tertinggi di rantau ini.

Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tunduk kepada mana-mana kuasa besar, sebaliknya mengamalkan dasar neutral tetapi berprinsip berkawan dengan semua pihak yang membawa manfaat kepada rakyat, sama ada Amerika, China, Eropah atau Timur Tengah.

Inilah dasar politik matang dan realistik, bukan politik mimpi ular lidi dan anakonda.

Pelaburan bukan penjajahan, tapi kekuatan negara

Pas cuba menakut-nakutkan rakyat kononnya pelaburan asing akan ‘menelan’ Malaysia.
Hakikatnya, pelaburan asing membawa teknologi, pekerjaan dan pemindahan kepakaran.

Setiap projek dikawal ketat oleh MIDA, MITI, dan Bank Negara tiada satu pun pelabur yang boleh ‘menjajah’ tanpa garis panduan undang-undang tempatan.

Kerajaan MADANI telah menandatangani pelaburan besar dalam sektor semikonduktor, tenaga hijau dan automotif elektrik, menjadikan Malaysia antara pusat teknologi baharu Asia Tenggara.

Itu bukan tanda dijajah itu tanda Malaysia dipercayai dan dihormati di mata dunia.

Retorik lama, pemikiran beku

Hadi menulis seolah-olah dunia masih hidup di zaman penjajahan British dan perang Vietnam.

Beliau gagal memahami realiti ekonomi global abad ke-21 yang berasaskan saling bergantung dan kepintaran strategik.

Negara-negara kecil kini berjaya bukan kerana menolak dunia luar, tetapi kerana berunding dengan cerdik dan berani berdikari.

Ironinya, ketika Pas mentadbir Terengganu, mereka sendiri berlumba mencari pelaburan dari syarikat luar malah ada yang datang dari blok Barat juga.

Jadi, siapa sebenarnya ‘ular lidi’ yang menumpang di bawah bayang pelabur bila berkuasa, tetapi berpura-pura suci bila di pentas politik?

Islam MADANI: Diplomasi hikmah, bukan ketakutan

Dasar Kerajaan MADANI berteraskan hikmah Islam bekerjasama untuk maslahat rakyat tanpa tunduk pada sesiapa.

Rasulullah SAW sendiri menjalin perjanjian dengan pelbagai bangsa dan kuasa luar demi kestabilan umat.

Maka, mengaitkan hubungan diplomatik dengan ‘penjajahan’ adalah tafsiran sempit oleh mereka yang gagal memahami politik Islam sebenar.

Kerajaan Malaysia kekal teguh menyokong Palestin, menolak dasar zalim Israel dan tetap bersuara di peringkat antarabangsa bukti Malaysia tidak pernah menjadi boneka Barat seperti yang cuba digambarkan oleh Pas.

Bahaya sebenar bukan Anakonda, tapi ular lidah bercabang

Kenyataan Hadi bukan sekadar pandangan geopolitik, ia adalah propaganda politik murahan untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengalih perhatian daripada kelemahan pentadbiran Pas di negeri-negeri mereka sendiri.

Realiti di Terengganu menunjukkan kerajaan negeri itu masih gagal menjana ekonomi baharu selain bergantung kepada hasil petroleum dan royalti tetapi berani pula mengajar Malaysia tentang kemandirian ekonomi.

Yang sebenar-benarnya ‘ular lidi’ ialah mereka yang menelan segala nikmat Kerajaan Persekutuan tetapi menafikan jasa yang diberi.

Malaysia sedang maju, Pas terus mundur

Kerajaan MADANI hari ini membuka peluang pekerjaan, memperkukuh ekonomi rakyat dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain penting global.

Sementara itu, Pas terus mengulang kisah dongeng ular lidi dan anakonda, cuba meniupkan racun curiga terhadap pelaburan dan hubungan antarabangsa.

Malaysia tidak akan mundur bersama mereka yang takut kepada bayang sendiri.

Kita akan terus melangkah ke hadapan menjadi Harimau Asia semula, bukan ular kecil yang bersembunyi di bawah bayang politik sempit.

Yang patut ditakuti rakyat bukan ‘anakonda luar’, tetapi ular lidah bercabang yang menyebar ketakutan demi undi.

Kerajaan MADANI bukan menjual negara, kita sedang membina Malaysia berdaulat, moden dan dihormati dunia.

Related Posts

Pendedahan RCI TH bukan modal politik, tegaskan komitmen tatakelola menjelang perbahasan 11 Ogos

Oleh: TJ ISHAK PENDEDAHAN Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020 kepada umum ditegaskan sebagai satu langkah berpaksikan ketelusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari kedudukan 36 ke 15, apa erti lonjakan Malaysia dalam Undang-undang Persaingan?

PUTRAJAYA – Apabila International Institute for Management Development (IMD) menerbitkan World Competitiveness Ranking (WCR) 2026, perhatian umum segera tertumpu kepada kejayaan Malaysia melonjak daripada kedudukan ke-23 kepada tangga ke-15 dunia.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan