Lelaki warga asing ditemukan lemas di Sungai Kuala Tutoh, disyaki dibaham buaya

MARUDI – Seorang lelaki warga asing yang dilaporkan hilang di Sungai Kuala Tutoh, Baram, sejak Rabu lalu ditemukan meninggal dunia pada Jumaat pagi selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak, mangsa dikenali sebagai Prashant, berusia 21 tahun, ditemukan pada jam 9.30 pagi kira-kira satu kilometer dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang.

“Mangsa ditemukan oleh pasukan bomba sebelum dibawa ke dermaga menggunakan bot penyelamat untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan rasmi JBPM Sarawak pada Jumaat.

Maklumat awal mendapati tangan kiri mangsa hilang dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan mangsa telah dibaham buaya ketika kejadian.

Operasi pencarian dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi diketuai oleh PPgB Jessbent Jenus bersama empat anggota, dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Usaha mencari mangsa berdepan cabaran komunikasi dan keadaan sungai yang deras, namun mangsa akhirnya berjaya dijumpai pada hari kedua operasi,” kata jurucakap JBPM.

Mayat mangsa dibawa ke daratan untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut dan proses bedah siasat.

Pihak JBPM turut menasihati penduduk di sekitar kawasan sungai agar berwaspada dan mengelakkan aktiviti berhampiran tebing sungai terutama di kawasan yang dikenal pasti sebagai habitat buaya.

Related Posts

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

KUANTAN – Seramai 300 mahasiswa anak Pahang menerima peruntukan RM1,000 seorang melalui Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini