300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

KUANTAN – Seramai 300 mahasiswa anak Pahang menerima peruntukan RM1,000 seorang melalui Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia sebagai tanda kepercayaan dan harapan terhadap masa depan anak Pahang.

“Kita faham bahawa untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, cabarannya bukan hanya dari segi akademik. Kos perjalanan, penginapan, kelengkapan belajar dan pelbagai keperluan lain juga perlu difikirkan.

“Sebab itu, kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang sentiasa cuba membantu sedaya yang kita mampu. Tahun ini, sejumlah RM300,000 diperuntukkan melalui Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan berkenaan hari ini.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, seramai 20 pelajar Program KYP – Yarmouk Jordan akan mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Syariah (Ekonomi & Perbankan Islam) dan 15 pelajarakan melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Pengajian Islam di Universiti Al-Qarawiyyin di Maghribi.

Katanya, seramai 35 pelajar berkenaan menerima sumbangan wang pendahuluan berjumlah AS$1,000 seorang.

“Insya-Allah, kejayaan anak-anak semua bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarga tetapi menjadi kebanggaan seluruh Pahang.

“Semoga Allah SWT merahmati perjalanan anak-anak semua serta mengurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dalam menempuh cabaran, diberikan perlindungan sepanjang tempoh pengajian dan pulang dengan kejayaan cemerlang,” katanya.

Related Posts

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

BAU – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi pelaksanaan lima projek pembinaan baharu dan naik taraf Tamu Desa di Parlimen Mas Gading.   Menterinya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

KUALA TERENGGANU – Keadaan jerebu di Terengganu semakin membimbangkan apabila empat stesen pemantauan udara di negeri itu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat. Berdasarkan laporan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia