Lelaki ditahan curi buah sawit di Ladang SALCRA Lubok Renit

SARATOK – Tindakan licik seorang lelaki mencuri buah sawit di Ladang SALCRA, Lubok Renit, Jalan Temudok di sini, akhirnya tumpas apabila suspek diberkas polis, pada Khamis.

Suspek berusia 32 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Saratok di sebuah rumah tidak bernombor sekitar kawasan ini kira-kira jam 11.50 pagi, hasil risikan selepas laporan diterima daripada anggota Polis Bantuan SALCRA.

Dalam kejadian kira-kira 3.29 petang semalam, pengadu yang melakukan rondaan bersama dua pekerja ladang terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda sarat dengan beberapa tandan buah sawit di Blok 21, Fasa 5 ladang berkenaan.

Suspek yang menyedari kehadiran mereka bertindak melarikan diri, meninggalkan dua tandan buah sawit dan sebatang besi ‘loading spike’ di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, hasil siasatan mendapati buah sawit tersebut dipercayai dicuri daripada ladang berkenaan sebelum dijual di sebuah ‘ramp’ sawit di Saratok.

“Hasil siasatan mendapati suspek mengaku sudah beberapa kali melakukan kegiatan mencuri buah sawit bersama seorang rakannya dan setiap kali berjaya mereka akan menjualnya di ‘ramp’ berdekatan.

“Suspek turut mengaku menggunakan wang hasil jualan buah sawit curi itu untuk membeli bekalan dadah,” katanya dalam kenyataannya pada Jumaat.

Turut dirampas, sebuah kenderaan pacuan empat roda, dua tandan buah sawit, sebatang besi ‘loading spike’, serta resit pembayaran jualan sawit atas nama suspek.

Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Related Posts

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

GEORGE TOWN – Angkara teguran, seorang warga emas menetak abang kandungnya sehingga cedera parah dengan parang dalam satu pertengkaran di sebuah rumah kebun durian di Paya Terubong, Air Itam di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

ALOR SETAR – Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter serta pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menerusi program Budi MADANI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat