Lebih 950,000 pesara nikmati pelarasan pencen SSPA Fasa 2

PELARASAN pencen Fasa 2 di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2026 bakal melibatkan lebih 950,000 pesara perkhidmatan awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, ia sekali gus membuktikan komitmen kerajaan dalam menghargai pesara yang pernah menabur bakti memberi perkhidmatan kepada rakyat dalam bidang masing-masing.

“Fasa pertama telah dilaksanakan dan insya-Allah kita tunggu Januari depan, fasa kedua bermula dan pesara akan menikmati pelarasan pencen mereka.

“Jadi amat jelas bahawa walaupun telah bersara daripada perkhidmatan kerajaan, kebajikan mereka tetap dititikberatkan,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas Program Ziarah Pesara Uzur sempena Program Lawatan Kerja ke Negeri Melaka di Kampung Pulau Kelapa, Batu Hampar Peringgit, Melaka, hari ini.

Pada Ogos 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19 berkata, pesara dan penerima pencen terbitan akan menerima pelarasan pencen sama dengan kenaikan peratusan yang dinikmati penjawat awam sedang berkhidmat, melalui dua fasa.

Anwar mengumumkan pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memilih skim SSPA akan menerima pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara berfasa iaitu lapan peratus bagi Fasa 1 pada Dis 2024, manakala tujuh peratus untuk Fasa 2 pada Jan 2026.

Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) pula akan menerima pelarasan gaji tujuh peratus dengan empat peratus bagi Fasa 1 dan tiga peratus bagi Fasa 2 manakala pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum Januari 2013 akan menerima pelarasan kedua sebanyak tujuh peratus.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan