49 pegawai bank terlibat rasuah bersama firma guaman akan didakwa November ini

PUTRAJAYA –  Seramai 49 individu terdiri daripada pegawai serta bekas pegawai beberapa institusi perbankan disyaki menerima rasuah daripada beberapa firma guaman akan didakwa secara berperingkat sepanjang November ini.

Sumber The Malaysia Press (TMP) memaklumkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa secara berperingkat individu-individu berkenaan dan kesemua pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.

“Mereka dipercayai menerima komisen daripada beberapa firma guaman sebagai balasan melantik firma-firma tersebut menguruskan dokumen perjanjian pembiayaan pelanggan antara 2018 hingga 2023

“Kegiatan rasuah melibatkan firma guaman dan pegawai bank itu berjaya dibongkar SPRM menerusi Op Tiger yang dijalankan sekitar Jun 2024 yang mana ada bayaran komisen atau upah ini dibayar sebelum urusan pinjaman pelanggan ini selesai,” katanya, pada Khamis.

Mengulas lanjut, sumber memaklumkan, kegiatan tersebut juga berjaya dibongkar hasil risikan terhadap transaksi mencurigakan antara pegawai bank dan firma guaman terbabit.

“Kesemua individu berkenaan akan dituduh mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, melibatkan 249 pertuduhan keseluruhan dengan nilai rasuah dianggarkan hampir RM700,000.

“Kita akan membuat beberapa siri pertuduhan bermula minggu ini sehingga hujung bulan November bagi memastikan setiap individu terbabit dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan