Prabowo pulang awal bukan kerana insiden RTM

DUTA Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono menegaskan bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia tidak terjejas susulan insiden tidak disengajakan ketika berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini.

Menurut beliau, hubungan akrab antara kedua-dua negara tidak mudah tergugat oleh kesilapan kecil, termasuk kesilapan pengulas RTM yang tersilap menyebut nama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto sebagai bekas presiden, Joko Widodo, semasa siaran langsung majlis berkenaan.

“…kita tidak (merajuk) kerana kita tahu hubungan antara Presiden Prabowo dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat dekat.

“Tidaklah hanya kerana itu lalu merajuk kerana ini (Malaysia-Indonesia) ada hubungan istimewa. Jadi kalaupun Presiden Prabowo harus kembali ke Jakarta lebih cepat, ia bukan kerana masalah terbabit.

“Kalau kita sahabatkan tidak mungkin kita mudah tersinggung. Namanya juga sahabat. Kesilapanpun tidak disengajakan,” katanya memetik program BH Borak Harini.

Sebelum ini, Jabatan Penyiaran Malaysia menerusi Bahagian Perhubungan Awam telah mengeluarkan permohonan maaf rasmi berikutan kekeliruan pengulas RTM yang menyebut nama Joko Widodo ketika siaran langsung Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

The Jakarta Post melaporkan bahawa walaupun Presiden Prabowo pada awalnya dijadual menghadiri keseluruhan sidang kemuncak selama tiga hari (26–28 Oktober), beliau memutuskan untuk memendekkan lawatannya selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan ke-26, Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga ke-28, serta majlis resepsi memperingati kemasukan Timor-Leste ke rantau itu.

Hermono menjelaskan bahawa kepulangan awal Presiden Prabowo bukan disebabkan insiden berkenaan, sebaliknya kerana perlu menghadiri acara rasmi lain di Indonesia yang telah dijadualkan lebih awal.

“Secara jujurnya dari awal Presiden Prabowo tidak akan sampai tanggal 28. Tetapi kerana ada insiden itu, lalu beranggapan, Presiden Indonesia (merajuk) tidak juga ya.

“Memang sudah ada kemungkinan akan kembali lebih awal kerana ada acara di Indonesia. Memang ada acara awal yang sudah dijadualkan. Memang ada kemungkinan Presiden akan kembali pada 27 haribulan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa perkara itu telah diselesaikan dengan baik selepas kerajaan Malaysia menghantar nota diplomatik permohonan maaf kepada kerajaan Indonesia.

“Selepas kejadian, kita (Indonesia) menghantar nota diplomatik meminta penjelasan dan permohonan maaf.

“Saya bersyukur kerana ada maklum balas yang cepat daripada pihak kerajaan Malaysia bahawa ini kesilapan dan meminta maaf atas kekeliruan terbabit,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hermono menegaskan bahawa terdapat beberapa isu penting yang perlu diberi tumpuan bagi mengekalkan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia, termasuk isu sempadan serta perlindungan pekerja Indonesia di negara ini.

Menurut beliau, kedua-dua isu tersebut berpotensi menimbulkan perselisihan jika tidak ditangani dengan teliti dan memerlukan masa panjang untuk diselesaikan.

“Berkaitan dengan cadangan pembangunan bersama di Laut Sulawesi, …ini baharu idea untuk mengubah konflik menjadi sebuah kerjasama, daripada mempunyai konflik di rantau ini, mengapa kita tidak bekerjasama.

“Proses perundingan tetap berjalan dan ini menunjukkan kedua-dua pemimpin mahu menjadikan isu ini sebagai peluang untuk mengambil manfaat daripada sumber yang ada di bawah laut itu,” jelasnya.

Selain itu, Indonesia turut mencadangkan agar warisan budaya antara empat negara serumpun Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei diusulkan bersama kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Kita sedang mengusulkan bersama dengan Malaysia, Brunei dan Singapura untuk permohonan bersama bagi tarian Zapin bagi mengeratkan hubungan antara negara serumpun,” katanya.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Riuh di luar, lesap di Dewan

PERSOALAN mengenai Tabung Haji bukanlah isu kecil yang boleh dijadikan bahan sorakan politik. Ia melibatkan amanah dan kepentingan jutaan pendeposit yang selama ini meletakkan kepercayaan kepada institusi tersebut. Naib Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Boikot sidang RCI TH, Syed Saddiq persoal tanggungjawab pembangkang

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang disifatkan gagal melaksanakan peranan semak dan imbang, selepas tidak menyertai perbahasan Sidang Khas Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Abdul Hadi keliru, gagal bezakan antara DAP dan PH – Faiz

Abdul Hadi keliru, gagal bezakan antara DAP dan PH – Faiz

Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

Harga minyak dunia diramal terus meningkat

Harga minyak dunia diramal terus meningkat

Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

Ketirisan tatakelola ancam kestabilan politik, penjawat awam Sarawak dituntut jaga integriti

Ketirisan tatakelola ancam kestabilan politik, penjawat awam Sarawak dituntut jaga integriti

Penguatkuasaan warga asing perlu lebih bersasar, fokus kawasan ‘hitam’

  • By Fandi
  • August 11, 2026
Penguatkuasaan warga asing perlu lebih bersasar, fokus kawasan ‘hitam’