Ganja bernilai RM48,050 dalam tong plastik berjaya dirampas

ALOR SETAR – Tindakan seorang lelaki menyimpan 15.5 kilogram (kg) ganja yang disyaki diseludup dari Thailand menggunakan laluan laut sementara diambil sindiket pengedaran dadah membawa padah apabila dia ditahan pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, penahanan suspek berusia 59 tahun dan tidak bekerja itu dibuat sepasukan polis kira-kira pukul 11 malam.

“Kesemua ganja bernilai RM48,050 tersebut disembunyikan di dalam tong plastik dekat rumahnya.

“Siasatan awal mendapati suspek mendakwa dadah tersebut diserahkan kepadanya oleh seorang lelaki dikenali untuk disimpan di rumahnya kira-kira lima hari sebelum serbuan dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Katanya, siasatan mendapati dadah berkenaan diseludup masuk menggunakan laluan laut dari Satun, Thailand menggunakan bot oleh lelaki Thailand dan mendarat di Kuala Jerlun.

“Barang kes tersebut disyaki telah tenggelam dan dimasuki air,” ujarnya.

Menurutnya, perancang utama sindiket iaitu seorang lelaki tempatan telah ditahan di Arau, Perlis pada hari sama dan merampas 3.3 kg ganja.

“Hasil siasatan percaya sindiket ini baru beroperasi selama sebulan mempunyai tiga ahli dengan kawasan operasi disyaki di Kuala Jerlun dan Perlis,” katanya.

Tambahnya, suspek yang negatif dadah kini dalam tahanan reman dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

PUTATAN – Golongan muda di Sabah digalakkan berani mencuba perkara baharu dan meneroka potensi diri kerana langkah kecil hari ini mampu berkembang menjadi kemahiran, kerjaya atau kejayaan pada masa hadapan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

KOTA KINABALU – Empat projek menaik taraf jalan di kawasan Parlimen Sepanggar yang telah mendapat kelulusan Kementerian Ekonomi disasarkan dapat disiapkan tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya