FELDA Wilayah Jengka bakal terima Timbalan Pengarah baru

KUANTAN – Pejabat FELDA Wilayah Jengka bakal menerima Timbalan Pengarah baru tidak lama lagi.

Pelantikan itu bakal dimaklumkan pihak pengurusan FELDA kepada warga peneroka dalam masa terdekat.

Perubahan berkenaan dilakukan selepas Timbalan Pengarah ketika ini, Sarimah Shamdudin dinaikkan pangkat dan berpindah ke ibu pejabat FELDA.

Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, proses pertukaran jawatan dalam struktur organisasi FELDA adalah amalan biasa.

“Saya mewakili Exco JKKR yang lain sangat bangga dengan kenaikan pangkat diterima Puan Sarimah.

“Beliau menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang sepanjang kira-kira empat tahun memegang jawatan Timbalan Pengarah.

“Sikapnya yang begitu prihatin dengan untung nasib warga peneroka membuatkan kami sangat selesa berurusan dengannya, sepanjang beliau berada di sini,” katanya.

Razak yang juga Pengerusi Gabungan 38 Masjid Wilayah Jengka turut berharap Sarimah dapat meneruskan khidmat cemerlang di tempat baru.

“Kami sangat yakin dengan kemampuan puan Sarimah dan mengakui sangat terhutang budi dengan segala jasa beliau sepanjang bersama kami di FELDA Wilayah Jengka,” katanya.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama