Bekas pensyarah rugi RM201,000 mangsa ‘phone scam’

KUANTAN – Seorang bekas pensyarah membuat pinjaman peribadi selain menggunakan wang simpanan sendiri untuk diserahkan kepada ‘pihak berkuasa’ bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang selepas didakwa terlibat dengan kes tuntutan insurans dan pengubahan wang haram.

Wanita berusia 59 tahun itu akur apabila membuat pindahan wang berjumlah RM201,000 ke satu akaun lain atas arahan anggota sindiket ‘phone scam’ menyamar sebagai pegawai polis dan timbalan pendakwa raya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa hanya menyedari menjadi mangsa ‘phone scam’ itu setelah membuat 10 transaksi bayaran dalam tempoh 9 April hingga 12 Jun lalu.

Katanya, kes penipuan ke atas mangsa itu berlaku sejak pada Februari lalu bermula dengan panggilan telefon daripada seorang suspek menyamar sebagai pegawai dari sebuah syarikat insurans berkait tuntutan berjumlah RM68,000.

“Mangsa menafikan tentang perkara itu sebelum panggilan disambung kepada pegawai polis dan timbalan pendakwa raya bagi tujuan semakan dan siasatan lanjut.

“Mangsa terus diperdaya kononnya turut dikehendaki kerana disyaki terlibat dengan kes pengubahan wang haram,” katanya melalui kenyataan.

Yahaya berkata, mangsa yang panik dan bimbang berdepan tindakan undang-undang diarahkan membuka akaun bank baharu dan memindahkan wang ke akaun diberikan kononnya untuk tujuan siasatan.

“Bagi tujuan itu, mangsa terpaksa membuat pinjaman peribadi dan menggunakan wang simpanan sendiri sebelum semua wang itu diserahkan kepada suspek dan dilesapkan,” katanya.

Yahaya menasihatkan orang ramai agar segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan sekiranya menerima panggilan meragukan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Beliau juga meminta masyarakat supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

“Orang awam yang mengesyaki menjadi mangsa penipuan dinasihatkan segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997,” ujarnya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula