Ibu Zayn Rayyan dihukum penjara 5 tahun

ISMANIRA Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang didakwa atas pertuduhan mengabaikan anaknya dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya, hari ini.

Hakim Dr. Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes melangkaui keraguan munasabah terhadap wanita yang berusia 30 tahun itu diakhir kes pembelaannya.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara lima tahun itu bermula dari tarikh sabitan. Prosiding masih diteruskan dengan rayuan bagi penangguhan hukuman.

Mengikut pertuduhan pindaan Ismanira sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matin yang berusia 6 tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini antara pukul 12 tengahari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Justeru mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi manakala tertuduh-tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.

Related Posts

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

KOTA BHARU – Samseng jalanan termasuk mereka yang terlibat dalam kegiatan ‘mat rempit’ bakal berdepan hukuman lebih berat antaranya penjara apabila pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dikuatkuasakan mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memperkukuh penguatkuasaan dan mempertahankan amalan tatakelola yang baik bagi mengekang kegiatan pencerobohan tanah tanpa kebenaran. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kegiatan berkenaan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR